• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone XR adalah jualan telefon terbaik sejak ia dilancarkan

  • OLEH Najib
  • 11:39 am
  • 30/11/2018
  • Komen
[Reviu] Ulasan Awal iPhone XR, kurang berbaloi tapi paling murah untuk kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Apple iPhone XR telah terjual lebih banyak dari iPhone XS dan iPhone XS Max setiap hari sejak ia dilancarkan. Ia dimaklumkan sendiri oleh Naib Presiden Pemasaran Produk Apple, Greg Joswiak dalam satu temuramah bersama CNET.

Tiga model telefon pintar dengan rekaan baru Apple ini dilancarkan serentak pada pertengahan September, tetapi hanya iPhone XS dan XS Max mula dijual seminggu selepas pelancarannya. iPhone XR pula mula berada di pasaran sebulan kemudian, bermula dari 26 Oktober.



iPhone XR tampil dengan warna unik yang tidak terdapat pada iPhone XS. Warna-warni penuh ceria sebegini kali akhir digunakan pada iPhone 5C.

Bagaimanapun, Apple tidak berkongsi jumlah jualan iPhone XS, XS Max dan XR mereka kali ini. Jumlah jualan tiga model baru iPhone ini dikatakan jauh lebih rendah dari jangkaan, sehingga memaksa Apple mengurangkan penghasilannya sekaligus memberi kesan kepada pembekal perkakas dan peralatan berkaitan iPhone.



Walaupun unit jualan berkurangan, keuntungan Apple mungkin tidak terkesan. Ini kerana iPhone XR dijual lebih mahal berbanding iPhone 8 tahun lepas, perbandingan untuk model termurah yang dilancarkan pada waktunya. Keuntungan jualan iPhone XR ini boleh menampung kekurangan jualan iPhone XS dan XS Max.

Malah dengan ura-ura Apple mahu menghasilkan semula iPhone X yang telah dihentikan pembuatannya, ia dijangka boleh meningkatkan jualan telefon pintar Apple oleh kerana permintaannya yang masih tinggi, di samping harga yang lebih rendah.

Sebagai entiti perniagaan, keuntungan pastinya lebih penting dari unit yang terjual. Melihatkan sejarah Apple, susah untuk melihat mereka mengurangkan harga untuk model baru. Kalau untuk model lama adalah.

[Sumber: CNET]

Tags: appleiphoneiPhone XR
Najib

Najib

POPULAR

[Reviu] Ulasan Awal iPhone XR, kurang berbaloi tapi paling murah untuk kelasnya

iPhone XR adalah jualan telefon terbaik sejak ia dilancarkan

30 November 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN