• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank perkenal Goal Based Investment, platform pelaburan digital mudah guna untuk semua

  • OLEH Najib
  • 5:04 pm
  • 22/04/2024
  • Komen
Maybank perkenal Goal Based Investment, platform pelaburan digital mudah guna untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Melabur dalam saham ada risiko tersendiri. Ia boleh memberi pulangan yang tinggi, tetapi juga boleh mendatangkan kerugian jika tiada ilmu mencukupi. Tetapi anda boleh melabur dengan lebih mudah menggunakan platform pelaburan automatik, atau lebih popular dengan nama robo-investment.

Maybank hari ini melancarkan ‘Goal-Based Investment‘ atau Maybank GBI untuk memudahkan lagi orang ramai membuat pelaburan secara digital. Ciri pelaburan mesra pengguna ini tersedia di dalam aplikasi MAE, serta di laman web Maybank2u.



Dengan Maybank Goal-Based Investment, pengguna boleh memilih sendiri jenis dana pelaburan, untuk mencapai objektif kewangan yang diingini. Dana pelaburan ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang dilantik oleh Maybank. Pelaburan boleh dimulakan dari serendah RM200, dengan caj pelaburan yang rendah. Ia menjadi lebih menarik kerana tiada tempoh pelaburan minimum atau ‘lock-in”. Jadi, pengguna boleh menambah dana pelaburan atau menjualnya serta-merta tanpa kekangan.

Cara melabur di Maybank Goal-Based Investment

Untuk mula melabur di Maybank Goal-Based Investment, pengguna haruslah memiliki akaun bank Maybank. Tidak kira akaun simpanan atau semasa. Selepas mendaftar dan mendaftar masuk ke aplikasi MAE atau Maybank2u, pengguna akan dapat melihat ikon Goal-Based Investment. Di situlah tempat untuk memulakan pelaburan anda di Maybank.



Pengguna akan diberi pilihan antara tiga matlamat pelaburan, iaitu Retirement (persaraan), Education (pendidikan) dan Grow Wealth (meningkatkan kekayaan). Selepas itu, jawab beberapa persoalan mengenai kesediaan diri untuk melabur, dan Maybank Goal-Based Investment akan mencadangkan dana yang pelaburan yang bersesuaian antara konvensional atau patuh shariah. Tetapi jika pengguna merasakan mahu dana pelaburan yang bukan dicadangkan, boleh juga memilih dana pelaburan secara manual.

Pelaburan fleksibel, tanpa komitmen serendah RM200

Maybank Goal-Based Investment menyediakan platform pelaburan yang sangat mudah. Pendaftaran boleh dibuat online dengan pantas, pelaburan pula boleh dimulakan dari serendah RM200. Pengguna juga tidak terikat dengan komitmen pelaburan, boleh menambah dana atau mengeluarkannya bila-bila masa tanpa penalti atau sekatan.

Paling penting, pengguna diberi pilihan untuk menggunakan kepakaran Goal-Based Investment bagi cadangan dana pelaburan, atau memilih sendiri dana pelaburan yang diingini. Dana ini juga tersedia antara konvensional atau dana patuh shariah.

Promosi caj jualan 0%

Pengguna juga tidak perlu risau tentang caj yang dikenakan, kerana Maybank mengenakan caj tertinggi hanya 1.5%. Sebagai promosi pengenalan, pelanggan Maybank Goal-Based Investment boleh menikmati caj jualan 0% untuk pelaburan awal mereka. Tawaran ini diberikan dari sekarang sehingga 25 Jun 2024.

Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform pelaburan baru ini, layari laman web Maybank Goal-Based Investment.

Bacaan Berkaitan

  • Maybank dan CIMB tergendala, BNM mahu penjelasan punca gangguan & langkah pencegahan
  • Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin
  • Bagaimana nak aktifkan Secure2u Maybank melalui ATM jika berada luar negara? Ini caranya
Tags: MaybankMaybank Goal Based Investment
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Maybank perkenal Goal Based Investment, platform pelaburan digital mudah guna untuk semua

Maybank perkenal Goal Based Investment, platform pelaburan digital mudah guna untuk semua

22 April 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN