• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Band 9 diperkenal, ada skrin AMOLED lebih besar pada harga sama RM199

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:27 pm
  • 23/04/2024
  • Komen
Honor Band 9 diperkenal, ada skrin AMOLED lebih besar pada harga sama RM199
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran Honor X7b 5G dan Honor Pad 9 5G, Honor turut memperkenalkan gelang pintar generasi terbaru mereka, iaitu Honor Band 9. Ia menggantikan tempat Honor Band 7 yang telah dilancar pada tahun 2023 lalu, tetapi diberikan beberapa perubahan ketara walaupun ada keseluruhan rekaan hampir serupa dengan generasi sebelumnya.

Harga dan ketersediaan Honor Band 9

Gelang pintar Honor Band 9 ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM199, iaitu harga yang sama dengan Honor Band 7 ketika ia dilancarkan sebelum ini. Jika berminat, anda boleh dapatkannya bermula 25 April di stor dalam talian Honor, atau gedung rasmi Honor di Lazada, Shopee dan TikTok. Ia juga tersedia di semua pengedar sah Honor di Malaysia.



Spesifikasi Honor Band 9

Honor Band 9 didatangkan dengan paparan bersaiz 1.57-inci, lebih besar berbanding Honor Band 7 pada 1.47-inci. Panel paparannya masih AMOLED dan ada resolusi 256 x 402 dengan kadar penyegaran 60Hz. Di samping skrin lebih besar, skrinnya juga kini melengkung di sisi dengan bingkai menggunakan tekstur seakan logam dan tiada butang fizikal padanya.

Untuk keperluan kecergasan, Honor Band 9 ini dilengkapkan dengan 96 mod sukan dan seperti generasi sebelum ini, ia boleh dibawa untuk berenang kerana diiktiraf kalis air 5ATM. Namun, ia masih tidak dilengkapkan dengan GPS untuk menjejak lokasi pemakai ketika bersukan.



Selain daripada itu, ia juga ada ciri menjejak kesihatan seperti mengukur kadar SpO2 dalam darah, nadi, tidur dan tahap stress pemakai. Gelang boleh dipautkan pada telefon menggunakan sambungan Bluetooth 5.3 dan ia menyokong fungsi panggilan dan ciri untuk mengesan telefon.

Daripada segi bateri, Honor mendakwa ia boleh beroperasi sehingga 14 hari dalam satu isian penuh, sama seperti Honor Band 7. Tali jam turut boleh disuaikan melalui mekansime butang sekali tekan. Honor Band 9 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan ungu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Band 9.

Bacaan berkaitan

  • Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999
  • Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799
  • Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
Tags: honorHonor Band 9honor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor Band 9 diperkenal, ada skrin AMOLED lebih besar pada harga sama RM199

Honor Band 9 diperkenal, ada skrin AMOLED lebih besar pada harga sama RM199

23 April 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER