Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengimplemantasikan struktur 3 akaun kepada pencarum 55 tahun ke bawah bermula 11 Mei 2024. Sedang orang kecoh tentang bagaimana nak keluarkan wang daripada akaun 3, ada juga yang bertanyakan tentang kadar faedah yang akan dinikmati wang yang berada dalam Akaun Fleksibel.
@soyacincautiktok Replying to @SoyaCincautiktok @SoyaCincautiktok KWSP Akaun 3: Ini kadar dividen rasmi . #soyacincautiktok #beritatiktok #kwsp #fyp #kwspakaun3 ♬ original sound – SoyaCincautiktok
Dividen Akaun Fleksibel sama seperti akaun lain
Dalam kenyataan media, KWSP tidak pula menyentuh tentang dividen. Ia juga tidak dijelas dalam halaman FAQ mereka. Namun, terdapat pengguna yang bertanyakan di media sosial saluran rasmi KWSP dan beroleh jawapan.
Dinyatakan bahawa kadar dividen yang dinikmati Akaun Fleksibel adalah sama dengan Akaun Persaraan dan Akan Sejahtera. Perkara ini dilihat orang ramai sebagai satu potensi besar untuk mereka melaburkan lebihan wang yang mereka ada untuk menggandakan simpanan.
KWSP bakal jadi instrumen pelaburan popular?
Ada satu outlet celik kewangan, The Futuritz, mengatakan KWSP bakal jadi pilihan utama orang ramai melaburkan simpanan mereka. Menurut utusan mereka, KWSP mencatatkan purata pulangan 5.27% untuk 6 tahun kebelakangan ini.
Ia lebih tinggi berbanding ASB (4.93%), ASM (4.79%), AHB (5.25%) dan Tabung Haji (2.78%).
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang pelaburan ada turun dan naiknya dan ia sangat bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.
Maklumat yang masih tiada adalah cara bagaimana KWSP mengira keuntungan untuk Akaun 3 disebabkan dana dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Pada hebat saya, ia mungkin menggunakan konsep yang sama seperti ASB, Tabung Haji, dan banyak lagi produk pelaburan lain iaitu menggunakan baki terendah setiap bulan.
Hibah 2018 Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah, Ini Cara Nak Kira Berapa Anda Dapat