• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Anker

Eufy by Anker, sistem keselamatan rumah pintar tiba di Malaysia, tawar pek keselamatan dari RM899

  • OLEH Najib
  • 6:23 pm
  • 02/05/2024
  • Komen
Eufy by Anker, sistem keselamatan rumah pintar tiba di Malaysia, tawar pek keselamatan dari RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Anker Innovation, pencipta pelbagai produk dan peranti kini membuka kedai menjual produk di bawah jenama Eufy di Malaysia. Ia menyediakan produk keselamatan pintar di rumah seperti kamera keselamatan rumah, penggera pintu berkamera, serta storan keselamatan.

Sempena ketibaan Eufy di Malaysia, Anker akan mengadakan tawaran pembukaan kedai pada 5 Mei 2024. Tawaran ini melibatkan kedai rasmi Eufy di Lazada dan Shopee, serta dari rakan pengedar rasmi. Rakan pengedar rasmi Eufy di Malaysia antaranya adalah All IT Hypermarket, Best Denki, Flash Gadget, Gadget Zone, Grex Multimedia, MyAlley dan TMT (Thunder Match).



Promosi Istimewa

Dalam tawaran pembukaan kedai, Eufy akan menawarkan Pek Keselamatan Permulaan iaitu eufy SoloCam C210 dan eufy Homebase 3 pada harga istimewa RM899 sahaja, berbanding harga rasmi RM1,558. Tawaran ini terbuka dari 5 hingga 7 Mei 2024, tetapi dalam unit terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Jaminan Penggantian 1-ke-1 dalam 24-bulan

Seperti produk Anker yang lain, Eufy juga menawarkan pengalaman jaminan yang memudahkan pengguna iaitu jaminan “Tiada Baik Pulih, Hanya Penggantian” dalam 24-bulan. Dengan ini, pembeli tidak perlu menunggu lama jika produk mereka rosak dalam jaminan. Kerana Eufy akan menggantikannya terus.



Antara produk yang ditawarkan Eufy di Malaysia adalah kamera dalam rumah beresolusi tinggi, kamera luar rumah berdaya tahan 365 hari, penggera pintu berkamera berkuasa solar, serta penimbang berat pintar.

Untuk mengetahui tentang semua produk keselamatan yang ditawarkan Eufy, boleh layari Stor Rasmi Eufy di Lazada dan Shopee.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Anker Prime rasmi di Malaysia, powerbank kapasiti besar dan mengecas keluar masuk pantas
  • Nak bawa powerbank naik pesawat? Ini senarai kapasiti terbesar boleh dibawa (2024)
Tags: ankerCCTVEufy
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Eufy by Anker, sistem keselamatan rumah pintar tiba di Malaysia, tawar pek keselamatan dari RM899

Eufy by Anker, sistem keselamatan rumah pintar tiba di Malaysia, tawar pek keselamatan dari RM899

2 May 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN