Nak layan Netflix, atau Sooka, atau Viu atau iQiyi, hatta YouTube sekali pun, lagi senang tengok di skrin besar TV pintar kan. Lagi mudah kalau TV tu ada Android TV atau Google TV terbina di dalam. Senang nak install app streaming, boleh muat turun dari Google Playstore terus.
Kalau bajet anda kecil bawah RM1,000 pun, anda boleh dapatkan TV pintar sekarang. Tak tau nak beli yang mana? Ini saya dah tolong carikan dan buat senarai, 5 TV pintar terbaik bawah RM1,000 yang boleh dibeli di Malaysia. Semua TV pintar ini juga ada waranti 2 tahun.
1. Xiaomi TV A 32″ HD – RM619 / Xiaomi TV A 43″ FHD – RM949
Paling murah saya nak cadangkan adalah Xiaomi TV A 32 inci, harga dari RM619 dan kini ada Google TV yang lebih baru daripada Android TV. Ia juga datang bersama alat kawalan Bluetooth 360 darjah, tak perlu nak acu untuk kawalan sebab boleh buat dari mana arah, asalkan dalam kawasan liputan Bluetooth. Wifi 5GHz turut disokong, jadi boleh strim lebih pantas dan kurang lengah.
Kalau ada bajet lebih sikit, boleh dapatkan model 43 inci dengan resolusi HD Penuh. Harganya dari RM949, masih bawah seribu ringgit.
Boleh dapatkan Xiaomi TV A 32 inci di Lazada dan Shopee, dan Xiaomi TV A 43 inci di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi TV A 32″.
2. Sharp 32″ 2TC32EG1X HD – RM749
TV Sharp 32 inci ni juga datang siap dengan Google TV terbaharu. Antara tarikannya adalah tahap kependaman rendah, sesuai untuk main game yang pantas. Sistem bunyinya lebih lantang dengan dwi speaker 7.5W. Selain itu, ia memiliki 3 port HDMI dengan HDMI 2.1 dan menyokong eARC untuk sambungan sistem bunyi luaran. Sharp juga menyatakan, TV keluaran mereka melepasi 7 ujian standard kualiti Jepun.
Boleh dapatkan TV Sharp 32″ 2TC32EG1X di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Sharp 32″ 2TC32EG1X.
3. PRISM+ Q32 2023 HD – RM749
Prism+ adalah pengeluar tv dan monitor yang berasal dari Singapura, dan menawarkan harga sangat menarik. Untuk TV 32 inci Q32, ia menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.1, dwi speaker 8W dan hadir dengan Google TV. Tetapi lebih menarik adalah Prism+ memberi langganan penstriman percuma iaitu Viu 12 bulan, Me Watch 3 bulan dan Durioo+ 3 bulan.
Boleh dapatkan TV PRISM+ Q32 2023 di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk PRISM+ Q32 2023.
4. Panasonic 32″ TH-32LS600K HD – RM899
Tawaran TV 32 inci Panasonic ini agak biasa, skrin HD LCD dikuasakan enjin Vivid Digital Pro. Kuasa speaker pula hanya 2x 5W. Satu kelebihan TV Panasonic ini adalah sokongan Bluetooth Audio Link. Ia menjadikan TV anda sebagai speaker bluetooth, untuk memainkan lagu atau bunyi dari peranti seperti telefon pintar. Ia turut menyokong HDMI ARC untuk sambungan ke speaker luar.
Boleh dapatkan TV Panasonic 32″ TH-32LS600K di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Panasonic 32″ TH-32LS600K.
5. Haier 43″ H43K800FG FHD – RM949
Pilihan TV Haier ni lebih menarik sebab ia lebih besar 43-inci, resolusi HD Penuh dan ada 3 port HDMI. Ia turut menyokong Bluetooth 5.1 untuk sambungan ke lebih banyak aksesori seperti speaker, fon kepala, gamepad dan sebagainya.
Boleh dapatkan TV Haier 43″ H43K800FG di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Haier 43″ H43K800FG.
Ada banyak kan pilihan TV pintar Android TV dan Google TV ni. Zaman sekarang ni semua tengok streaming je dari internet. Jangan kata YouTube, TikTok pun boleh tengok di TV sekarang. Tapi masih boleh cucuk antena untuk tengok siaran TV Digital juga.
Kalau anda ada persoalan lain nak tanya, boleh tulis je di ruangan komen. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan jawapan. Nak tengok versi video, boleh tonton di bawah ni: