• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 21/05/2024
  • Komen
Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Pameran automotif, Malaysia Autoshow 2024 akan membuka pintu kepada orang ramai mulai 22 Mei sehingga 26 Mei 2024. Touch n Go selaku penyedia perkhidmatan kewangan, turut membuka reruai di sana untuk menawarkan produk mereka.

Khas di Malaysia Autoshow 2024, Touch n Go mengumumkan kedatangan kad Touch n Go NFC edisi terhad Hot Wheels. Kad ini hanya dihasilkan sebanyak 2,000 unit dan boleh dibeli secara eksklusif di pameran Malaysia Autoshow 2024 sahaja.



Kad Touch n Go NFC Edisi Terhad Hot Wheels

Kepada yang berminat, kad ini dijual pada harga RM25 dan boleh didapati di reruai Touch n Go di Hall A, no A-126.

Tol Percuma 1-Tahun

Bukan itu sahaja, sebarang pembelian produk Touch n Go di reruai ini turut berpeluang memenangi hadiah, iaitu 1 tahun tol percuma. Sebanyak 10 orang akan dipilih sebagai pemenang. Untuk melayakkan menyertai pertandingan ini, hanya dapatkan produk Touch n Go dengan harga istimewa di Malaysia Autoshow 2024:



  • Touch n Go RFID – RM35 RM30 (2 penyertaan)
  • Touch n Go Charms – RM30 RM27 (1 penyertaan)
  • Kad Touch n Go Edisi Terhad – RM25 (1 penyertaan)

Boleh juga dapatkan penyertaan bonus menerusi permainan TNG Mini Racers di reruai Touch n Go, serta Putar & Menang untuk pembeli.

Selain itu, Touch n Go juga menawarkan Kad Touch n Go Edisi Terhad kepada 100 pelanggan baru ParkInsure oleh Allianz. Touch n Go ParkInsure ditawarkan pada harga RM5.40 sebulan.

240402 Charm Raya Touch n Go
231030 TNG Oyen Charm
Beberapa jenis TNG Charm

Jika anda ke pameran Malaysia Autoshow 2024, jangan lupa singgah ke reruai Touch n Go untuk peluang mendapatkan produk edisi terhad dan menang tol percuma 1-tahun.

[Sumber: Touch n Go]

Bacaan Berkaitan

  • Kes duit hilang: TNG eWallet guna saluran perundangan tangkis fitnah pihak Zahid
  • Charm Raya Touch n Go, beli sambil menderma
  • Touch ‘n Go x Shopee keluarkan kad tema Hari Raya, tawar pakej bundle
  • Touch n Go lancar Charm dan kad Dragon-dary, sempena Tahun Baru Cina
Tags: hot wheelsMalaysia Autoshowtngtng nfcTouch n GoTouch n Go NFC
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun

Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun

21 May 2024
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER