• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go lancar Charm dan kad Dragon-dary, sempena Tahun Baru Cina

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:28 pm
  • 06/02/2024
  • Komen
Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memperkenalkan Charm siri ‘Furry’ Arnab dan Oyen, kucing oren kesukaan ramai, kali ini Touch n Go melancarkan siri Dragon-dary edisi terhad sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina

Selain fungsi utamanya sebagai kad Touch n Go Enhanced atau TNG NFC, Charm dalam bentuk rantai kunci itu boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan tambahan pada beg, dompet, kunci kereta atau apa sahaja barang bagi menambah lebih nilai pemperibadian.



Cara untuk membuat tambah nilai untuk tag Charm ini juga adalah sama seperti kad TNG NFC biasa. Di mana anda harus menambahnya ke dalam aplikasi TNG eWallet. Selepas itu, ia boleh ditambah nilai menggunakan baki eWallet dengan menyentuh di ruang NFC pada telefon.

Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina

Jika sebelum ini, Touch n Go menawarkan pilihan kad Touch n Go LUXE Titan Edition berwarna serba hitam dengan jalur emas, kini ada pula pilihan kad berwarna merah emas dengan gambar naga emas.



Sama seperti Charm, kad edisi terhad itu juga berfungsi seperti kad TNG NFC biasa, yang membolehkan anda untuk membuat tambah nilai kad dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC terus ke dalam aplikasi TNG eWallet. Kad ini juga menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi Touch n Go eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.

Pembelian secara atas talian

Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina
Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina

Charm Dragon-dary dijual pada harga RM30, manakala untuk kad edisi terhad inpirasi Naga pula pada harga RM25, lebih mahal RM15 berbanding kad TNG NFC yang biasa.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian secara atas talian di stor rasmi Touch ‘n Go di Shopee.

Nak tahu lebih terperinci macam mana Charm Touch n Go berfungsi? Tontonnya dalam video kami di bawah ini. 

Bacaan berkaitan:

  • Touch n Go eWallet: Semua tambah nilai kad kredit akan dicaj 1%
  • 5 perkara perlu anda tahu tentang program ganjaran TNG eWallet GOrewards
  • Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang
Tags: Dragon-DaryTNG Charmtng nfcTouch n GoTouch n Go CharmTouch n Go eWalletTouch n Go NFC
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Touch n Go Dragon-Dary Tahun Baru Cina

Touch n Go lancar Charm dan kad Dragon-dary, sempena Tahun Baru Cina

6 February 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN