• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia X7 bertukar menjadi Nokia 8.1 di pentas global

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 06/12/2018
  • Komen
Nokia X7 bertukar menjadi Nokia 8.1 di pentas global
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, HMD Global memperkenalkan Nokia X6 di China dan menjadi Nokia 6.1 di pasaran luar China. Tetapi semalam, mereka melancarkan Nokia 8.1 di Dubai, berasaskan Nokia X7 yang dilancarkan lebih awal di China. Kenapa bukan Nokia X8 atau Nokia 7.1?

HMD Global melancarkan Nokia 8.1 di Dubai dengan harga 1,500 Dirham (~RM1,701). Ia akan mula dijual pada 15 Disember 2018 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan beberapa pasaran lain pula bermula 20 Disember 2018.



Untuk berkenalan dengan lebih lanjut, Nokia 8.1 dipasang skrin PureDisplay bertakuk, berukuran 6.18-inci dengan resolusi HD Penuh+. Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 710, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB dari jenis eMMC.

Fokus lebih diberikan pada kameranya, yang menggunakan optik Zeiss. Kamera belakangnya dwi-lensa 12MP+13MP dengan sokongan penstabil imej optikal (OIS). Kamera hadapan pula 20MP. Dalam video pengenalannya, kamera ini memiliki fungsi tangkapan malap yang hebat. Tetapi adakah seperti Google Pixel Night Sight dan Huawei P20 Pro Night Mode, yang boleh menghasilkan gambar malap yang cerah dan tajam?



Seperti telefon Nokia yang lain, Nokia 8.1 menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie, berasaskan AndroidOne. Ia memberi pengalaman Android Tulen dengan jaminan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun, dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun.

Bateri 3,500mAh dipasang di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui port USB-C. Nokia 8.1 masih menggunakan pengimbas capjari fizikal, yang terletak di belakang.

Nokia 8.1 disediakan dengan dua tona warna, berbeza di bingkai dan di belakang. Terdapat tiga pasangan warna iaitu Biru/Perak, Besi/Kuprum dan Besi/Keluli.

Masih belum ada khabar tentang penjualan Nokia 8.1 di Malaysia. Mungkin ia akan tiba bulan depan, atau tahun depan. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk Nokia 8.1.

[Sumber: GSMarena]

Tags: hmd globalNokiaNokia 8.1
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nokia X7 bertukar menjadi Nokia 8.1 di pentas global

Nokia X7 bertukar menjadi Nokia 8.1 di pentas global

6 December 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER