• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Mulai 22 Jun, Apple The Exchange TRX sediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjung

  • OLEH Najib
  • 2:14 pm
  • 20/06/2024
  • Komen
Mulai 22 Jun, Apple The Exchange TRX sediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjung
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Store pertama Malaysia akan dibuka kepada orang ramai pada hari Sabtu ini, 22 Jun 2024. Ia terletak di dalam pusat beli belah The Exchange TRX. Pihak media telah dijemput hari ini untuk masuk ke dalam kedai ini dan merasai suasana dan pengalaman yang bakal disediakan untuk orang ramai kelak.

Dikenali sebagai Apple The Exchange TRX, ia memiliki tiga tingkat dengan dua tingkat boleh dimasuki dari dalam pusat beli belah The Exchange TRX, dan tingkat teratas terletak di pusat beli-belah. Atau lebih tepat lagi di sekitar taman dan boleh dimasuki dari luar bangunan The Exchange TRX.



Bukan sekadar kedai

Apa yang membezakan Apple Store dan kedai yang menjual produk Apple adalah pengalaman yang ditawarkan. Di Apple Store, pengunjung boleh mencuba sendiri semua produk Apple yang dijual, termasuk semua jenis pilihan yang ada.

Contoh terbaik adalah Apple Watch, ia memiliki puluhan jenis tali jam, selain saiz badan dan jenis yang berbeza. Semua pilihan tali, saiz badan dan jenis ini, boleh anda uji sendiri di Apple Store. Bagi iPhone dan iPad, pengunjung boleh mencuba semua jenis sarung, papan kekunci dan lain-lain aksesori di sana.



Ruang pembelajaran percuma

Di Apple Store, terdapat ruang pembelajaran dengan skrin besar dan kerusi, dikenali sebagai Today at Apple. Dari semasa ke semasa, Apple akan menyediakan sesi perkongsian, pembelajaran dan banyak lagi yang boleh disertai pengunjung. Jadual untuk sesi ini akan tersedia di laman web Apple Malaysia.

Sempena pembukaan Apple The Exchange TRX, Apple akan mengadakan sesi khas dipanggil ‘Jom Series’. Ia akan berlangsung dari 22 Jun sehingga 6 Julai 2024. Sesi ini menampilkan beberapa pencipta kandungan Malaysia, berkongsi tentang pelbagai penggunaan produk Apple, antaranya:

  • Persembahan oleh De Fam
  • Bengkel menangkap gambar potret menggunakan iPhone oleh Jason smashpop
  • Cara mengedit video dengan Video Magic di Mac bersama Adam Lobo
  • Bengkel menukar idea kepada tugasan di iPad dengan Iman Azman
  • Cara hidup lebih sihat bersama Nana Mohd dan Apple Watch

Genius Bar dan Pickup

Jika anda tidak tahu langsung tentang produk Apple, atau tidak pasti pilihan yang mana sesuai untuk keperluan diri, anda boleh dapatkan pendapat pakar dari Genius Bar. Buat temujanji dengan Genius Bar dan ajukan sebarang kemusykilan dan soalan tentang produk Apple, pasti mereka akan dapatkan jawapan. Persoalan ini termasuk perisian dan perkakas yang sesuai, untuk kegunaan perniagaan.

Terdapat juga ruangan khas Pickup, untuk pembeli yang membuat tempahan dan mahu mengambilnya di Apple Store. Tempahan boleh dibuat di Apple Store atau di laman web Apple Malaysia.

Pemulangan produk dan pengembalian wang

Lebih penting lagi, jika anda membeli di Apple Store, anda boleh memulangkannya semula dan mendapat wang kembali, dalam masa 14 hari tanpa sebarang persoalan. Asalkan produk tersebut masih dalam keadaan baik tanpa kecacatan, semua aksesori masih ada, dan bungkusan pun sempurna, maka anda boleh kembalikannya ke Apple Store.

Pulangan wang akan dibuat sama ada secara tunai, atau ke dalam akaun bank Malaysia yang sama dengan nama pemilik.

Pelajar dan pendidik, boleh mendapatkan diskaun istimewa menerusi Apple Education di Apple Store. Sehingga 30 September, Apple menawarkan AirPods percuma untuk pembelian Mac terpilih, atau Apple Pencil bagi pembelian iPad terpilih, untuk pembeli menerusi Apple Education.

Beg Apple khas

Apple The Exchange TRX akan membuka pintunya kepada orang ramai pada hari Sabtu, 22 Jun 2024 jam 10 pagi. Pengunjung terawal berpeluang untuk mendapatkan beg khas Apple The Exchange TRX, sementara stok masih ada.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX
  • Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas
  • Apple Store pertama Malaysia akan dibuka pada 22 Jun, ini kelebihannya yang anda patut tahu
Tags: appleApple StoreApple The Exchange TRX
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mulai 22 Jun, Apple The Exchange TRX sediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjung

Mulai 22 Jun, Apple The Exchange TRX sediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjung

20 June 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi

Bajet 2027: Pas My50 diteruskan, MyKomuter50 bakal diperkenalkan untuk KTM Komuter

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN