• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Varia RCT715, dashcam buat peminat basikal untuk lebih keselamatan

  • OLEH Najib
  • 8:09 pm
  • 03/07/2024
  • Komen
Garmin Varia RCT715, dashcam buat peminat basikal untuk lebih keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi berita baik untuk peminat aktiviti berbasikal daripada Garmin. Hari ini Garmin Malaysia mengumumkan ketibaan Varia RCT715, radar pandang belakang bersama kamera dan lampu. Ia ibarat kamera dashcam untuk pengguna basikal, yang memantau belakang pengguna sambil memberi amaran.

Garmin membawakan beberapa pembaharuan untuk model terbaru Varia ini, antaranya:



  • Kamera terbina di dalam – Mampu menangkap gambar jelas dan cerah dengan resolusi sehingga 1080p/30fps semasa berbasikal.
  • Rakaman automatik kemalangan – Apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini, ia akan mengesan secara automatik dan menyimpan rakaman sebelum, semasa dan selepas kejadian.
  • Fungsi tambahan di aplikasi – Pengguna boleh mengakses rakaman video dengan mudah, memindahkan video atau menukar tetapan kamera di dalam aplikasi

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Varia RCT715 pula adalah seperti:

  • Peringatan maksimum – amaran dalam bentuk bunyi dan visual dimaklumkan apabila terdapatnya kenderaan datang dari belakang, sehingga sejauh 140 meter.
  • Penglihatan jelas – lampu belakang boleh dilihat dengan jelas berbatu jauhnya, menjadikan pengguna jalan lain dapat melihat pengguna Varia RCT715 dari jauh sebelum radarnya mengesan kehadiran kenderaan.

Terdapat banyak pilihan yang disediakan untuk pengguna memadankan Varia RCT715 dengan peranti lain, termasuk Garmin Edge, jam pintar Garmin serta aplikasi Varia. Ia juga boleh berhubung dengan pelbagai perisian pihak ketiga, termasuk Ride with GPS, membolehkan pengguna menyediakan peta perjalanan serta makluman radar belakang.



Pengguna boleh menjangkakan hayat Varia RCT715 sehingga 4 jam dengan bateri yang terdapat di dalamnya, ketika menggunakannya sebagai radar dan lampu belakang kecerahan tertinggi, atau sehingga 6 jam pada kecerahan biasa. Tenaga ini termasuk rakaman video 1080p sepanjang masa.

Jika anda berminat, Garmin Malaysia menjual Varia RCT715 pada harga RM2,110. Ia kini terdapat di e-store Garmin, e-store AECO, Lazada, Shopee, kedai jenama Garmin serta pengedar sah Garmin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Varia RCT715.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Tacx NEO Bike Plus, berbasikal dalam rumah seperti pengalaman sebenar
  • Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia
  • Garmin Descent G1 Solar Ocean, dari sisa segara menjadi jam pintar dan komputer menyelam
  • Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
  • Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
Tags: garminGarmin Varia RCT715Varia RCT715
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Varia RCT715, dashcam buat peminat basikal untuk lebih keselamatan

Garmin Varia RCT715, dashcam buat peminat basikal untuk lebih keselamatan

3 July 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN