• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 6T McLaren diperkasa pengecas lebih pantas Warp Charge 30W

  • OLEH Najib
  • 9:12 am
  • 12/12/2018
  • Komen
OnePlus 6T McLaren diperkasa pengecas lebih pantas Warp Charge 30W
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon pintar edisi khas mereka, OnePlus 6T Edisi McLaren. Ia direka berasaskan OnePlus 6T dan menerima perubahan kosmetik dan sedikit suntikan prestasi.

Dari rupa luar, ia masih mengekalkan saiz badan dan skrin yang sama. Skrinnya bertakuk kecil, seluas 6.41-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED. Skrin ini juga menjadi perumah kepada pengimbas capjari, yang tertanam di dalamnya.



Bahagian belakang memperlihatkan perbezaan yang ketara. Ia dihiasi kemasan gentian karbon, dan dikelilingi garisan berwarna oren yang menjadi warna ikonik McLaren. Logo McLaren juga tertampal di bawah, memberi kesan bayangan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

Prestasinya dinaikkan dengan menggunakan RAM 10GB yang lebih besar, tetapi mengekalkan kuasa cip Snapdragon 845 dengan storan dalaman 256GB.



Satu lagi kelebihan edisi McLaren ini ialah, pengecas Warp Charge 30W (5V/6A) yang lebih pantas dari Dash Charger 20W. Ini membolehkan bateri 3,700mAh dicas lebih pantas, sehingga 50% penuh dengan 20 minit cas sahaja. Tetapi pengecas ini masih tidak sepantas OPPO SuperVOOC 50W.

Selain itu, ia sama sahaja dengan edisi biasa, seperti dwi-lensa kamera belakang 16MP+27MP F1.6 berkuasa OIS+EIS dan kamera swafoto 20MP F1.7. Telefon ini juga tiada jek audio 3.5mm dan menggunakan sambungan USB-C.

Bagi menjadikannya lebih istimewa, OnePlus memuatkan pelbagai perisian McLaren di dalam seperti animasi boot, wallpaper dan juga tema direka khas. Kotaknya juga diberi sentuhan eksklusif, disertakan sekali buku mini yang boleh memuatkan telefon padanya.

OnePlus 6T Edisi McLaren akan mula berada di pasaran pada 13 Disember 2018, dengan harga jualan USD699 (~RM2,925) di Amerika Syarikat dan GBP649 (~RM3,427) di United Kingdom. Harga ini tidaklah melampau mahal seperti Edisi Porsche keluaran Huawei, kerana ia cuma USD70 (~RM293) lebih mahal dari OnePlus 8GB+256GB.

Masih belum ada perkhabaran tentang penjualannya di Malaysia, tetapi buat yang berminat pasti boleh mendapatkan set import, dari penjual di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk OnePlus 6T Edisi McLaren.

Tags: McLarenOnePlusoneplus 6t
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 6T McLaren diperkasa pengecas lebih pantas Warp Charge 30W

OnePlus 6T McLaren diperkasa pengecas lebih pantas Warp Charge 30W

12 December 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER