• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DC Handal aktifkan pengecas 200kW di Menara Matrade, RM1.30/kWh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:44 pm
  • 14/07/2024
  • Komen
DC Handal aktifkan pengecas 200kW di Menara Matrade, RM1.30/kWh
Share on FacebookShare on Twitter

DC Handal telah mengaktifkan pengecas DC 200kW mereka di Menara Matrade, Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja tergolong dalam kategori pengcecasan terpantas yang boleh anda dapatkan di dalam pasaran kita malahan ia adalah antara yang termurah, dengan struktur pembayaran berasaskan kWh.

Antara ciri menarik pengecas kelolaan DC Handal ini ialah ia menerima pembayaran tanpa sentuh. Ia membolehkan pengguna menaktifkan pengecas tanpa perlu memasang sebarang aplikasi.



DC 200kW di Menara Matrade

Berdasarkan kunjungan penulis Alexander Wong, pengecas DC Handal ini ditempatkan di pra-sekolah CIC di dalam perkarangan Menara Matrade menghadap pintu masuk barat. Buat makluman anda, kawasan tersebut berpagar dan anda boleh maklumkan penjaga kawasan itu untuk mengakses stesen pengecas.

Di stesen tersebut, DC Handal telah menempatkan sebuah Kempower DC 200kW dan sebuah Autel MaxiCharger DC. Kedua-duanya mengguna pakai sistem perkongsian kuasa secara dinamik dengan dua nozel CCS2 setiap satu.



Pada segi struktur pembayaran, stesen ini mengenakan bayaran RM1.30/kWh. Kadar ini adalah murah jika anda pertimbangkan kuasa output DC stesen ini. Stesen DC Handal di Wisma UOA Damansara II yang berhampiran mengenakan kadar RM1.50/kWh. Untuk alternatif, ada juga stesen ChargEV 50kW DC di Publika Shopping Centre yang mempunyai kadar RM1.20/kWh namun anda dikenakan caj valet RM15.

Pengecas DC 200kW di Menara Mantrade ini terletak di tepi jalan dan kenderaan perlu diletakkan dalam keadaan sisi. Kabelnya cukup panjang untuk nozelnya mencapai lubang pengecas EV. Seperti yang dikatakan tadi, hanya tapkan kad pembayaran sama ada kredit ataupun debit untuk mula mengecas. Apabila selesai, tap semula kad yang sama untuk berhenti mengecas. Aplikasi telefon pintar juga disediakan untuk pengaktifkan seperti ChargEV ataupun JomCharge.

Didapati juga yang caj prapengesahan lebih rendah berbanding biasa. Ketika artikel ini ditulis, caj prapengesahan yang dikenakan adalah RM1 berbanding RM50 untuk stesen DC Handal yang lain.

Bacaan berkaitan

Pengecas EV DC Handal Gua Musang diaktifkan, kadar RM1.30/kWh

WCE ada stesen EV DC Handal 200kW di Tol Assam Jawa

DC Handal peserta baharu stesen EV dikesan bangunkan outlet di lokasi panas

Tags: dc handalEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DC Handal aktifkan pengecas 200kW di Menara Matrade, RM1.30/kWh

DC Handal aktifkan pengecas 200kW di Menara Matrade, RM1.30/kWh

14 July 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN