• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

DC Handal peserta baharu stesen EV dikesan bangunkan outlet di lokasi panas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:18 am
  • 20/09/2023
  • Komen
DC Handal peserta baharu stesen EV dikesan bangunkan outlet di lokasi panas
Share on FacebookShare on Twitter

Sektor EV Malaysia nampaknya anda pendatang baharu yang menawarkan servis pengecasan EV. Syarikat ini bernama “DC Handal” dan dilihat mula membangunkan stesen-stesen EV mereka.

Antara stesen EV yang dikesan sedang dibangunkan di bawah kendalian DC Handal adalah seperti:



  • Bamboo Hills berhampiran Lebuhraya DUKE
  • Wisma MCA berhampiran KLCC
  • UOA Business Park di Subang
  • The Vertical di Bangsar South

Daripada cerapan awal, dipercayai yang DC Handal mengguna pakai solusi pengecasan DC Kempower. Unit pengecas ini mempunyai ciri pembahagian kuasa output dan mampu mengeluarkan output maksimum sehingga 200kW.

Salah satu perkara menarik tentang stesen EV ini adalah kelihatan terminal pembayaran menggunakan kad turut diperlengkap di setiap outlet pengecas. Ia menggambarkan bahawa pembayaran langsung menggunakan kad turut diterima tanpa mengguna pakai aplikasi khas seperti yang diamalkan beberapa penyedia perkhidmatan seperti Gentari dan ChargEV.



Satu lagi pemerhatian yang boleh dibuat adalah “DC Handal” menyediakan hanya pengecasan DC sahaja dalam penawaran mereka berbanding penyedia lain yang turut memasukkan pengecasan AC yang lebih murah.

Buat masa ini, masih belum ada stesen kendalian DC Handal yang telah beroperasi. Makanya, maklumat tentang kadar bayaran masih belum ada.

Tags: charevdc handalEVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DC Handal peserta baharu stesen EV dikesan bangunkan outlet di lokasi panas

DC Handal peserta baharu stesen EV dikesan bangunkan outlet di lokasi panas

20 September 2023
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN