• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 200 Lite 512GB, telefon mampu milik dengan jaminan retak mula dijual pada 26 Julai

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 24/07/2024
  • Komen
Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Honor Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk membawa Honor 200 Lite ke pasaran tempatan. Hari ini, Honor Malaysia mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru dalam keluarga Honor 200 ini boleh dibeli mulai minggu ini.

Harga dan ketersediaan

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Honor 200 Lite akan dijual di Malaysia dengan storan besar 512GB. Harga rasminya telah ditetapkan seperti berikut:



  • Honor 200 Lite (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM1,299

Ini peningkatan sebanyak RM200 berbanding Honor 90 Lite yang dilancar bersama storan 256GB sahaja. Tetapi lebih menarik, Honor 200 Lite turut dijamin penggantian retak depan & belakang selama 365-hari. Adakah ini telefon 5G rahmah yang akan menjadi pilihan ramai selepas ini?

Buat yang berminat, Honor 200 Lite akan boleh dibeli di seluruh negara mulai hari Jumaat, 26 Julai 2024. Antaranya di Stor Online Honor Malaysia, Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Honor 200 Lite

Spesifikasi penuh Honor 200 Lite telah tersenarai di laman rasmi Honor Malaysia. Ketahanan telefon ini boleh diyakini kerana ia telah diiktiraf 5 bintang oleh SGS Switzerland dalam ujian tahan jatuh setinggi 1.5 meter.

Pemproses di Honor 200 Lite dinaik taraf ke Dimensity 6080 5G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan dalaman sangat besar 512GB. Ia ada keupayaan RAM maya sehingga 8GB, menjadikan jumlah RAM kepada 16GB.

Skrinnya jenis AMOLED seluas 6.7-inci, beresolusi HD Penuh. Kecerahan skrin ini setinggi 1,200nits dan boleh mencecah puncak ke 2,000nits. Terdapat lubang bujur di dahi skrin dan ia menyokong ‘Magic Capsule’, boleh memaparkan pelbagai maklumat penting dan menarik dengan melebarkan ruang hitam.

Lubang bujur ini turut memuatkan kamera hadapan 50MP F2.1 dan lampu kilat, untuk swafoto sentiasa cerah. Di belakang terdapat tiga kamera, iaitu kamera utama 108MP F1.75, kamera potret 5MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Bateri di Honor 200 Lite masih kekal dengan 4,500mAh sahaja, agak kecil untuk standard masakini. Ia menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 35W menerusi USB-C.

Tiada petanda ada dua speaker di telefon ini, bermakna speakernya mungkin mono. Ia juga menyokong WiFi 5 dan Bluetooth 5.1. Tetapi NFC juga tidak disenaraikan, mungkin tertinggal kerana Honor 90 Lite dilengkapi NFC. Honor Malaysia mengesahkan, Honor 200 Lite turut dilengkapi NFC, membolehkan pembayaran tanpa tunai Google Pay dan menambah nilai kad Touch n Go NFC di telefon.

Sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 akan digunakan oleh Honor 200 Lite. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, biru dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor 200 Lite.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000
  • Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite
  • Siri Honor 200 Malaysia: Mode potret talaan Studio Harcourt dalam poket anda
  • Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal
Tags: honorHonor 200Honor 200 Lite
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite

Honor 200 Lite 512GB, telefon mampu milik dengan jaminan retak mula dijual pada 26 Julai

24 July 2024
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER