• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta minta maaf, status Facebook PMX menghormati Ismail Haniyeh dikembalikan

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 06/08/2024
  • Komen
Meta minta maaf, status Facebook PMX menghormati Ismail Haniyeh dikembalikan
Share on FacebookShare on Twitter

Meta, syarikat induk yang memiliki Facebook, Instagram dan WhatsApp telah menghantar kenyataan memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kerana membuang kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram PMX, yang bersimpati di atas pemergian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh minggu lepas.

Kenyataan maaf ini dikeluarkan selepas kerajaan Malaysia meminta Meta menjelaskan kenapa perkara tersebut berlaku. Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan pegawai Pejabat Perdana Menteri bertemu wakil Meta semalam, untuk mendapatkan penjelasan.



Dalam jawapan emel kepada Reuters, jurucakap Meta menjelaskan, “Kami memohon maaf atas kesilapan operasi di mana kandungan daripada laman Facebook dan Instagram Perdana Menteri telah dialih keluar, dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul,”.

Semakan di Facebook PMX mendapati, kandungan yang telah dibuang itu telah kembali disiarkan. Tetapi terdapat nota kecil di bawahnya yang menjelaskan, kandungan ini dibenarkan untuk kesedaran orang ramai. Dalam hal tertentu, kandungan dibenarkan walaupun bertentangan dengan Standard Komuniti.



Keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan nilai yang diberikan terhadap kesedaran orang ramai berbanding risiko buruk yang terjadi. Antara perkara yang dipertimbangkan Meta adalah, pandangan perdebatan sebagai sebahagian daripada proses politik dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan orang awam.

[Sumber: Reuters, TMI]

Bacaan Berkaitan

  • Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?
  • Meta AI sertai arena chatbot lawan Gemini, ChatGPT, dan Copilot
  • Meta mula menawarkan Facebook dan Instagram bebas iklan sepenuhnya
Tags: Anwar IbrahimBuli siber hingga melibatkan kematianFacebookinstagrammeta
Najib

Najib

POPULAR

Meta minta maaf, status Facebook PMX menghormati Ismail Haniyeh dikembalikan

Meta minta maaf, status Facebook PMX menghormati Ismail Haniyeh dikembalikan

6 August 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN