• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:56 am
  • 15/08/2024
  • Komen
Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna bukan flagship tak perlu iri hati untuk rasai manfaat AI daripada Samsung kerana salah satu ciri tersebut iaitu Circle to Search kini diperluas kepada siri Galaxy A dan Tab S9 FE. Perkara ini menandakan ciri-ciri premium Samsung telah menular ke peranti bukan flagship.

Di pasaran Malaysia, Galaxy A paling berkuasa dalam tahun ini ialah Galaxy A55. Ia mendukung SoC Exynos 1480 4nm bersama-sama GPU berasaskan AMD RDNA2. Harga jualan telefon ini untuk pasaran Malaysia adalah RM1,999. Dilancarkan bersama-sama Galaxy A55 ialah Galaxy A35 pada harga lebih rendah iaitu RM1,699. Ia diperkasa cip Exynos 1380 dengan kombinasi RAM 8GB dan storan 256GB.



Namun, berdasarkan pengumuman, kami tidak menemui bilakah tarikh khusus Samsung akan mengaktifkan ciri ini di telefon yang terlibat. Jadi, besar kemungkinan ia akan disalurkan melalui kemas kini firmware setersunya.

Circle to Search dilancarkan pada siri Galaxy S24

Circle to Search adalah salah satu daripada banyak ciri AI yang dilancarkan bersama-sama siri Galaxy S24 dalam bulan Februari 2024 yang lalu. Ia diterima serentak oleh flagship Samsung ini dan juga siri Pixel 8.



Dengan Circle to Search, pengguna peranti flagship Samsung itu menerima cara yang lebih pantas untuk lakukan carian dengan cara melukiskan parameter di sekeliling subjek yang ingin diekstrak infonya.

Setelah beberapa ketika, Samsung memperluaskan pula Circle to Search kepada flagship tahun sudah seperti siri Galaxy S23, Z Fold5, dan Z Flip5 supaya lebih ramai lagi boleh menerima manfaat ciri tersebut. Ia disalurkan melalui kemas kini One UI 6.1 dalam bulan April 2024.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

Nak cari telefon lipat mampu milik? Ini tiga model yang anda boleh pertimbang

5 Terbaik: Tablet RM2,000 berkuasa tinggi, sokong 5G, serasi pen stailus dan papan kekunci (2024)

Promosi baru menarik untuk Galaxy Z Fold 6, Z Flip 6, Watch Ultra, Watch 7 dan siri Buds 3

Tags: androidsamsungSamsung Galaxy A35Samsung Galaxy A55Samsung Galaxy Tab S9 FE
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE

Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE

15 August 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN