• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Perbandingan

Nak cari telefon lipat mampu milik? Ini tiga model yang anda boleh pertimbang

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:35 pm
  • 14/08/2024
  • Komen
Oppo Find N3 Flip vs. Samsung Galaxy Z Flip 5: Mana lebih layak ada dalam poket anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran telefon lipat flip kini semakin meriah dengan penyertaan pengeluar ternama macam Samsung, Oppo, Nubia dan Xiaomi. Macam yang kita tahu, harga telefon flip ini bukanlah murah dan kebiasaannya ia diletakkan dalam kelas flagship, selain menggunakan skrin fleksibel yang lebih mahal.

Sebenarnya anda masih boleh dapatkan telefon flip yang harganya tak terlalu mahal dalam kelas pertengahan, ataupun generasi flagship tahun lepas yang masih ada prestasi baik. Nak tahu apakah senarai itu? Jom saya terangkan.



1. Nubia Flip (8GB + 256GB) – RM2,499

Nubia Flip ini adalah telefon pertama jenis flip dari ZTE. Ia masih baru lagi sebab dilancar April tahun ini dan merupakan telefon paling murah dalam senarai. Ia ada rekaan hampir sama macam Phantom V Flip sebab skrin luarnya bulat dengan dikelilingi modul kamera. Tapi skrin luarnya besar sikit pada 1.43-inci menggunakan panel jenis OLED tapi masih tak sokong papan kekunci penuh untuk menaip.

Prestasinya juga berkelas pertengahan dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 1 5G dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Daya tahan engsel juga agak baik mampu bertahan sehingga 200,000 lipatan serta ada kapasiti bateri paling besar pada 4,310mAh. Ia juga tak sokong pengecasan wayarles, tetapi boleh dicas melalui USB-C pada kuasa 33W.



Namun, kekurangan terbesar telefon ini adalah ia tak ada kamera ultralebar ataupun telefoto, serta tiada pengiktirafan kalis percikan air dan debu.

Anda boleh dapatkan Nubia Flip di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nubia Flip.

2. Oppo Find N3 Flip (12GB + 256GB) – RM3,999

Oppo Find N3 Flip

Kalau anda ada bajet lebih, Oppo Find N3 Flip ini pilihan yang sangat menarik dan paling berkuasa. Ia ada prestasi flagship cip Mediatek Dimensity 9200, dengan RAM LPDDR5X besar 12GB dan storan terpantas UFS 4.0. Sistem kameranya paling hebat ditala Hasselblad, dengan ada kamera telefoto 32MP mampu zum 2x dan kamera ultra lebar 48MP. Kamera depan pun besar 32MP.

Kapasiti baterinya juga agak besar pada 4,300mAh dan sokong pengecasan pantas 44W. Sementara ia ada kalis air hanya IPX4, engsel telefon ini ada ketahanan sehingga 600,000 lipatan. Skrin luar pula agak besar 3.26-inci jenis AMOLED yang menyokong widget dan taip dengan papan kekunci penuh, manakala di dalam pula ada skrin AMOLED 6.8-inci 120Hz.

Andan boleh dapatkan Oppo Find N3 Flip di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Find N3 Flip.

3. Galaxy Z Flip 5 (8GB + 256GB) RM3,499

Galaxy Z Flip 5 mungkin bukan telefon lipat Samsung paling terbaru, tetapi ia masih hebat dan berkuasa tinggi. Harganya pun ada yang jual sangat murah sekarang. Telefon ini dikuasakan cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dengan RAM LPDDR5 8GB dan storan pantas UFS 4.0 256GB. Kalau nak storan lebih besar 512GB pun hanya kena tambah RM300.

Kelemahan telefon lipat Samsung adalah pada bahagian bateri dan pengecasan yang agak perlahan. Galaxy Z Flip 5 ini hanya ada bateri 3,700mAh dan pengecasan berwayar 25W. Tapi kelebihannya ia ada pengecasan wayarles 15W dan boleh mengecas peranti lain secara wayarles terbalik. Kamera utamanya paling kecil guna sensor 12MP, serta ada kamera ultralebar 12MP.

Selain itu, ia juga ada skrin luaran besar 3.4-inci jenis Super AMOLED 60Hz yang sokong papan kekunci penuh, dan skrin dalamannya jenis Dynamic AMOLED 2X 6.7-inci 120Hz. Ia juga ada badan paling nipis berukuran 15.1mm dalam keadaan lipat dan 6.9mm dalam keadaan terbuka. Ia juga ada kalis air IPX8 dan macam telefon lipat lain, engselnya juga ada jangka hayat 200,000 lipatan.

Anda boleh dapatkan Galaxy Z Flip 5 di Lazada dan Shopee. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman produk Galaxy Z Flip 5.

Bacaan berkaitan

  • 5 Terbaik: Telefon murah bawah RM600 dengan pengecasan pantas dan NFC (2024)
  • 5 Terbaik: Telefon murah bawah RM600 dengan pengecasan pantas dan NFC (2024)
  • 5 Terbaik: Telefon gaming murah berbaloi, prestasi tinggi dan ada pengecasan Bypass
Tags: 5 terbaikGalaxy Z Flip 5NubiaNubia FlipNubia Flip 5Goppooppo find n3 flipsamsungSamsung Galaxy Z Flip 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find N3 Flip vs. Samsung Galaxy Z Flip 5: Mana lebih layak ada dalam poket anda?

Nak cari telefon lipat mampu milik? Ini tiga model yang anda boleh pertimbang

14 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER