• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer lancar Iconia Tab P11 dan Tab A8, tablet Android murah dengan skrin IPS sebesar 11″

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:36 pm
  • 28/08/2024
  • Komen
Acer lancar Iconia Tab P11 dan Tab A8, tablet Android murah dengan skrin IPS sebesar 11″
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia telah mengumumkan mereka kembali ke dalam pasaran tablet dengan pengenalan dua tablet terbaru, iaitu Iconia Tab P11 dan Tab A8. Kedua-duanya merupakan tablet Android mampu milik yang didatangkan kapasiti bateri cukup besar, badan aloi aluminium nipis serta ciri Google Kids Space untuk tawar penggunaan tablet yang selamat untuk kanak-kanak.

Harga dan ketersediaan Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 di Malaysia

Tablet Acer Iconia Tab P11 dan Tab A8 ini bakal boleh didapatkan semua pengguna di Malaysia bermula 1 September 2024. Ada satu varian yang ditawarkan untuk kedua-dua model dan harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Acer Iconia Tab P11 (RAM 8GB + storan 256BG) – RM1,099
  • Acer Iconia Tab A8 (RAM 4GB + storan 128GB) – RM699

Menariknya, untuk pembelian sehingga 14 September 2024, Acer turut menawarkan kedua-dua tablet pada harga lebih murah, menjadikan Iconia Tab P11 boleh didapati pada harga RM999, manakala Iconia Tab A8 pula pada harga RM499. Pembeli juga akan menerima sarung tablet percuma untuk pembelian dalam tempoh ini.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 di Acer eStore, Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Iconia Tab P11

Iconia Tab P11 adalah sebuah tablet 11-inci dengan badan senipis 8.1mm dan berat berat hanya 550 gram. Badannya diperbuat daripada aloi aluminium. Di hadapan, ia menggunakan skrin IPS beresolusi 2K dalam nisbah 16:10. Skrinnya turut memiliki kadar penyegaran 90Hz dan cakupan warna penuh NTSC.

Atas papan utama, ia diperkasa cip MediaTek MT8781 yang memiliki 8 teras. Cip itu bergandingan dengan RAM LPDDR4 8GB dan storan seluas 256GB. Terdapat juga slot mikro-SD yang membenarkan peluasan storan lagi 512GB. Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan sistem operasi Android 14.

Untuk kamera, tablet ini mempunyai kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP yang diletakkan secara melintang. Tenaga tablet disalurkan oleh bateri berkapasiti 8,000mAh yang dikatakan dapat menawarkan masa main video sehingga 13 jam. Ia boleh dicas melalui port USB-C PD2.0 pada kuasa 18W.

Selain itu, tablet ini juga didatangkan dengan ciri Google Kids Space membenarkan ibu bapa untuk mengawal akses kandungan dan masa penggunaan tablet. Sistem bunyi Iconia Tab P11 dikeluarkan oleh empat speaker dan ia juga ada jek audio 3.5mm bagi keperluan sambungan audio berwayar. Ciri sambungan yang disokong tablet termasuk WiFi 5 dan Bluetooth 5.2. Ia tersedia dalam satu pilihan warna iaitu kelabu.

Spesifikasi Iconia Tab A8

Iconia Tab A8 pula adalah model yang lebih kecil dengan skrin 8.7-inci. Panel skrin yang digunakan adalah jenis IPS dengan resolusi 1340 x800 dalam nisbah 16:9. Badan tablet ini juga diperbuat daripada aloi aluminium sama seperti Iconia Tab P11, tetapi dengan badan sedikit lebih nipis berukuran 8mm dan lebih ringan dengan berat hanya 400 gram.

Berkenaan prestasi pula, tablet ini diperkasa cip Allwinner A523 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4 4GB dan storan 128GB. Slot mikro-SD juga tersedia untuk membolehkan storan diperbesarkan. Untuk tenaga, ia disalurkan oleh bateri berkapasiti 6,000mAh dan ia menyokong pengecasan 10W melalui USB-C.

Sama seperti Iconia Tab P11, Iconia Tab A8 ini turut ada ciri Google Space Kids serta tampil dengan sistem pengimejan serupa iaitu kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Tetapi kamera selfienya diletakkan di atas skrin dan bukannya secara melintang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8.

Bacaan berkaitan

  • Acer Aspire Lite 14: Intel Core i5, RAM 16GB, storan 512GB pada RM2,399 waktu terhad
  • Predator Triton Neo 16 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 9 dan RTX 4070 pada RM9,999
  • Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9
Tags: AcerAcer MalaysiaIconia Tab A8Iconia Tab P11tablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer lancar Iconia Tab P11 dan Tab A8, tablet Android murah dengan skrin IPS sebesar 11″

Acer lancar Iconia Tab P11 dan Tab A8, tablet Android murah dengan skrin IPS sebesar 11″

28 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER