• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Zero 40 5G Malaysia: Telefon dengan fungsi GoPro terbina, apa yang menarik?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:53 pm
  • 29/08/2024
  • Komen
Infinix Zero 40 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia telah memperkemas penawaran siri Infinix 40 mereka dengan penyertaan terbaharu iaitu Infinix Zero 40 5G. Ini adalah telefon kelas pertengahan yang telah ditambah baik pada segi cip dan kapasiti telah diperbesar. Ada satu perkara unik dimasukkan hasil kerjasama mereka dengan GoPro. Teruskan membaca.

Harga Infinix Zero 40 5G di Malaysia

Infinix Zero 40 5G ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,699. Sementera stok masih anda, setiap pembelian telefon ini akan disertakan sekali gimbal penstabil video dan juga seunit powerbank. Telefin ini juga dilindungi CarlCare SVIP Service iaitu jaminan pertukaran skrin retak selama 365 hari disamping jaminan keseluruhan selama 24 bulan.



Infinix Zero 40 5G boleh didapatkan melalui TikTok Shop ataupun melalui Infinix Authorised Dealer.

Spesifikasi Infinix Zero 40 5G

Infinix Zero 40 5G adalah sebuah telefon bersaiz 6.78”, menggunakan panel AMOLED dan ada kadar segar semula 144Hz.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip pemproses Mediatek Dimensity 8200 Ultimate (4nm) dengan RAM seluas 12GB dan storan 256GB. Ia ada fungsi RAM maya untuk menjumlahkan RAM-nya menjadi 24GB.

Di bahagian pengimejan, seperti biasa, ciri utama telefon ini adalah kamera selfienya yang berkuasa tinggi. Ia ada kamera depan 50MP yang boleh merakam video pada resolusi sehingga 4K.

Telefon pesaing yang ada kamera depan sekuasa ini adalah Vivo V40 Pro yang baru saja dilancarkan pada harga RM3,299. Di bahagian belakang, Infinix Zero 40 5G diberikan kamera 108MP untuk kamera utama, kamera 50MP untuk kamera ultralebar, dan kamera 2MP untuk bokeh.

Seperit yang dilaporkan terlebih dahulu, Infinix telah menjalinkan kerjasama bersama GoPro, pengeluar kamera aksi terkenal, untuk memasukkan satu fungsi tambahan. Menggunakan telefon ini, pemilik GoPro boleh menambat kamera terus dengan telefon dan mengawalnya terus daripada aplikasi kamera Infinix.

Infinix juga memasukkan sejumlah ciri-ciri AI menarik seperti menjana imej daripada teks, lakukan penyuntingan gambar, dan sebagainya. Pengeluarnya menjamin Infinix Zero 40 5G menerima kemas kini sehingga Android 16 dan tampalan keselamatan selama 3 tahun.

Menghidupkan Infinix Zero 40 5G adalah sistem bateri 5,000mAh dengan blok pengecasan 45W disediakan di dalam kotak. Ini adalah telefon kedua termurah dalam pasaran yang ada pengecasan wayarles. Menariknya, telefon termurah dalam pasaran sekarang juga daripada Infinix iaitu Infinix Note 30 Pro yang boleh didapatkan pada harga RM899.

Infinix Zero 40 5G jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya iaitu Zero 30 4G membawakan beberapa perubahan. Antaranya adalah naik taraf paparan daripada IPS kepada AMOLED. SoC juga menerima naik taraf. Cip pemproses sebelum ini ialah Helio G99 telah ditukarkan kepada yang lebih segar dan ada capaian 5G.

Kapasiti RAM juga diperbesar daripada 8GB kepada 12GB. Ia menjelaskan kenapa harga pelancaran Zero 40 5G lebih tinggi berbanding Zero 4G.

Bacaan berkaitan

5 Terbaik: Telefon mampu milik bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan kalis air

Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?

Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Infinix Zero 40 5G

Infinix Zero 40 5G Malaysia: Telefon dengan fungsi GoPro terbina, apa yang menarik?

29 August 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN