• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo

  • OLEH Najib
  • 2:05 pm
  • 01/08/2024
  • Komen
Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dijanjikan, Infinix Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar 5G termurah mereka, Infinix Note 40X 5G. Ia mahu menggegarkan segmen telefon pintar bawah RM1,000 dengan prestasi berkuasa, rekaan menawan dan fungsi canggih untuk keperluan pengguna moden.

Harga dan Ketersediaan

Orang ramai boleh membeli telefon baru ini mulai hari ini, 1 Ogos 2024. Hanya terdapat satu varian Infinix Note 40X 5G tetapi ia pasti tidak mengecewakan bakal pembeli. Ini kerana ia datang dengan RAM sangat besar, 12GB serta storan 256GB pada harga berikut:



  • Infinix Note 40X 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM849

Bagaimanapun, ada promosi khas disediakan di TikTok Shop. Hadiah misteri akan diberi untuk pembeli terawal. Kepada yang berminat, boleh juga mendapatkan Infinix Note 40X 5G dari semua pengedar sah Infinix di Malaysia, serta atas talian di Lazada dan Shopee.

@soyacincautiktok

Infinix Note 40X, telefon 5G termurah ada NFC & speaker stereo . #soyacincautiktok #infinixnote40x #infinix #malaysiatiktok

♬ Funk It Up – John Etkin-Bell

Spesifikasi Infinix Note 40X 5G

Berdasarkan maklumat rasmi yang telah diberikan di media sosial, serta dari senarai di Shopee, Infinix Note 40X 5G dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 6300 6nm, dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia ada keupayaan RAM Maya, menggandakan RAM menjadi 24GB.



Skrin rata di hadapan adalah jenis LCD, seluas 6.78-inci HD Penuh 120hz. Bulatan kecil di dahi skrin menempatkan kamera hadapan. Rekaan belakang pula mirip iPhone 15 Pro Max. Ia memiliki kamera utama 108MP dan kamera makro 2MP.

Baterinya standard, berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Agak menarik, ia ada speaker stereo yang menembak ke tepi, serta mengekalkan jek audio 3.5mm.

Pengimbas capjari ada di dalam butang kuasa di tepi. Paling penting, telefon murah ini dilengkapi NFC, satu ciri yang hilang di CMF Phone 1. Infinix Note 40X 5G menjalankan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14. Infinix juga menjanjikan kemaskini sistem operasi dua kali, dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun untuk telefon ini.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa
  • Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
Tags: InfinixInfinix Note 40Infinix Note 40X
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo

Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo

1 August 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN