• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 13/08/2024
  • Komen
Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix, jenama peranti mampu milik telah menjual pelbagai jenis peranti di Malaysia, antaranya telefon pintar, laptop, dan fon putik. Tetapi Infinix masih belum menghasilkan tablet sehinggalah baru-baru ini, telah kelihatan Infinix Xpad di laman web Infinix antarabangsa.

Bila Infinix Xpad dijual di Malaysia?

Infinix Xpad masih belum dijual di mana-mana negara, tetapi ia dijangka akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi. Ini kerana ia telah mendapat kelulusan SIRIM untuk digunakan dalam negara.



Dari semakan yang kami temui, terdapat dua model Infinix Xpad telah berdaftar di SIRIM, menggunakan nombor model X1101 dan X1101B. Berkemungkinan besar, ia adalah perbezaan varian RAM dan storan.

Spesifikasi Infinix Xpad

Tablet pertama Infinix ini dijangka akan ditawarkan pada harga yang murah, mungkin di bawah RM1,000. Ini kerana ia menggunakan cip 4G iaitu Helio G99 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan dalaman eMMC 5.1 sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk menambah storan.



Skrinnya jenis IPS LCD seluas 11-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahan pula setinggi 440nits. Ia turut memiliki 4 speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Bateri di dalam Infinix Xpad berkapasiti 7,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia turut menyokong Bluetooth dan WiFi 6 tetapi tiada NFC.

Sistem operasi Android 14 digunakan pada tablet ini. Infinix menjamin akan menyediakan 2-tahun kemaskini keselamatan. Terdapat tiga warna disediakan untuk Infinix Xpad, antara emas, biru dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Xpad.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo
  • Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya
  • Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa
  • Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
  • Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
Tags: InfinixSIRIM
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?

Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?

13 August 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN