Jika anda tercari-cari telefon pintar gaming berkuasa tinggi seperti ASUS ROG pada harga lebih rendah, anda kini boleh mendapatkannya dari Maxis. Dengan mendaftar kontrak selama 24 bulan ataupun melalui program Maxis Zerolution, telefon pintar gaming seperti Huawei Mate 20 X, ASUS ROG Phone dan juga Pocophone F1 boleh dimiliki dengan kos lebih rendah.
ASUS ROG Phone
Dengan program Maxis Zerolution, pengguna Maxis boleh memiliki telefon pintar ASUS ROG Phone tanpa perlu membayar deposit dan mencagarkan kad kredit. Bagaimanapun, harga bayaran bulanannya berbeza mengikut pelan MaxisONE yang dilanggan.
Dengan MaxisONE 98, bayaran bulanan ialah RM145. Manakala pelan tertinggi MaxisONE 188 pula menyediakan bayaran bulanan sebanyak RM111 sahaja sebulan. Ini ialah harga bayaran bulanan peranti dan pengguna masih perlu membayar harga pelan MaxisONE berasingan.
Perlu diambil perhatian, program Maxis Zerolution kini tidak lagi menawarkan naik taraf peranti tahunan dan ia masih terikat dengan ansuran bulanan selama 24-bulan.
Jika anda lebih berminat membayar sekaligus pada harga lebih rendah, Maxis menawarkan kontrak biasa selama 24-bulan yang memerlukan pengguna membayar deposit. Harga peranti dari serendah RM2,259 dengan pelan MaxisONE 188 sehinggalah RM2,999 dengan pelan MaxisONE 98.
Wang deposit yang perlu dibayar pula berbeza mengikut pelan, dari serendah RM396 sehinggalah sebanyak RM954. Wang ini akan dikembalikan dalam bayaran bil bulanan pengguna sehinggalah habis. Tetapi jika anda pengguna Maxis dengan rekod bayaran yang baik, anda layak untuk dikecualikan dari membayar wang deposit.
Pocophone F1 (RAM 6GB + Storan 128GB)
Untuk telefon gaming dengan bajet lebih rendah, pengguna Maxis boleh mendapatkan Pocophone F1. Program Zerolution menawarkannya dari serendah RM25 sebulan dengan pelan MaxisONE 188 sehinggalah RM62 sebulan dengan pelan MaxisONE 98.
Dengan kontrak biasa 24-bulan pula, Pocophone F1 boleh dibeli pada harga RM299 sahaja bersama pelan MaxisONE 188, dari harga asalnya RM1,499. Seperti biasa, wang pendahuluan diperlukan tetapi boleh dikecualikan jika anda pengguna Maxis dengan rekod bayaran yang baik.
Huwei Mate 20 X
Untuk yang gemar skrin lebih besar semasa bermain game, Huawei Mate 20 X adalah pilihan yang baik. Tetapi berbeza dengan ASUS ROG Phone dan Pocophone F1, Mate 20 X ditawarkan secara sewaan menerusi program Zerolution 360. Program ini memberi pengguna kemudahan gantian telefon 1-ke-1 dalam masa jaminan serta pilihan untuk menaik taraf telefon secara tahunan.
Lebih menarik lagi, Mate 20 X ditawarkan pada harga ansuran bulanan serendah RM82 sebulan, jika pengguna menambah talian tambahan MaxisONE Share serta pelan jalur lebar Maxis Home Fibre.
Untuk ansuran biasa menerusi program Zerolution, ia menawarkan Mate 20 X dari serendah RM97 sebulan dengan pelan MaxisONE 188. Sudah pasti, pengguna diikat dengan kontrak selama 24-bulan.
Untuk kontrak biasa, pengguna Maxis boleh membeli Mate 20 X dari serendah RM2,099 dari harga asal RM3,199 bersama pelan MaxisONE 188.
Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana telefon pintar di atas bersama pelan Maxis, boleh layari laman web Maxis Gaming Smartphone.