Buat peminat kereta elektrik, pasti anda taknak lepaskan peluang untuk lihat sendiri Hyundai Ioniq 5 N di Malaysia. EV berprestasi tinggi ini dipamerkan di Sime Darby Motors Automania 2024 Bukit Jalil yang berlangsung antara 6 September hingga 8 September 2024.
Ioniq 5 N akan masuki Malaysia tak lama lagi?
Hyundai Ioniq 5 N telah mencetuskan fenomena di rantau ini apabila dipamerkan di Bangkok International Motor Show (BIMS) dan juga Gaikido Indonesia International Auto Show (GIIAS).
Dalam pasaran Indonesia sendiri, terdapat kilang pemasangan Ionia 5 N dan disebabkan sudah varian right-hand drive sudahpun anda, tidak pelik sekiranya Hyundai akan memanjangkan pengedaran kereta itu ke pasaran Malaysia.
Di Indonesia, Ioniq 5 N ditawarkan pada harga bermula IDR 782 juta (~RM226 ribu) hingga IDR 990 juta (~RM286 ribu) untuk edisi istimewa Batik.
Lagi yang mengukuhkan bahawa ia bakal masuki Malaysia adalah laman rasmi Ioinq 5 N Malaysia sudah pun aktif.
Ioniq 5 N dengan dwimotor output setinggi 641hp
Walaupun rupa paras Ioniq 5 N nampak lebih kurang dengan Ioniq 5, namun ia memiliki prestasi yang jauh lebih berkuasa. Ciri yang paling menonjol adalah pacuan semua roda melalui motor berkembar yang dia ada.
Kedua-dua motor ini boleh mengeluarkan output asas 448kW (600hp) dan ia ada mode N Grin Boost (NGB) yang boleh mempertinkgat output kepada 478kW (641hp). Output setinggi ini mampu bawa Ioniq 5 N daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 3.5 saat (3.4 saat dengan NGB) pada kelajuan maksimum 260km/j.
Motor elektrik Ioniq 5 N mengambil tenaga daripada sistem bateri berkapasiti 84kWh yang mampu bawanya sejauh 448km (WLTP). Bateri kereta ini turut mengguna pakai sistem 800V dan boleh dicas pantas menggunakan input 350kW DC. Daripada 10% kepada 80% mengambil masa 18 minit sahaja.
Ioniq 5 N ditala untuk litar lumba
Sebagai EV berprestasi tinggi, banyak ciri-ciri yang dikhusukan pengalaman memandu laju yang mengujakan.
Antara yang boleh anda temui pada Ioniq 5 N adalah seperti:
- N Torque Distribution: Tahap tork motor elektrik boleh diselaraskan sebanyak 11 tahap
- N Drift Optimiser: Sistem mengawal sudut drift untuk pengelaman lebih selamat
- N Pedal: Sistem gerak balas tuil pecut berkepekaan tinggi
- N Grin Boost: Lonjakkan output motor kepada 641hp dalam masa 10 saat
- N Brake Regen: Sistem brek regeneratif dengan daya henti setinggi 0.6G
- N e-Shift: Simulasi pertukaran gear seperti DCT 8 kelajuan
- N Active Sound+: Menjana bunyi enjin lumba melalui 10 speaker yang bertebaran di sekeliling kereta
- N Race Mode: Ubah prestasi kereta apabila digunakan untuk Sprint ataupun Endurance
Beza Ioniq 5 N dengan Ioniq 5 biasa
Ada beberapa perbezaan fizikal yang boleh anda lihat antara Ioniq 5 biasa yang sudahpun ada di Malaysia untuk beberapa ketika berbanding Ioniq 5 N. Contohnya di bahagian luar, Ioniq 5 N ada panel depan dan belakang lebih rendah untuk tambah baik sistem penyejukkan dan aerodinamik.
Antara ciri yang boleh anda lihat adalah lubang udara yang lebih besar di bahagian bawah dan skirt yang lebih tajam dan lebar.
Beralih kepada kabin, Ioniq 5 N beroleh kelengkapan berlogo N dan khas untuk pemanduan berkelajuan tinggi. Contohnya ia ada kerusi jenis bucket dan stereng penuh butang untuk tetapan dilakukan. Bahagian konsol tengah juga ditetapkan posisinya serta dilapisi span lembut untuk beri menyumbang keselesaan sewaktu pemanduan.