• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 10 Lite akan datang ke Malaysia tahun depan

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 19/12/2018
  • Komen
Honor 10 Lite akan datang ke Malaysia tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah berkongsi banyak petunjuk tentang peranti baru mereka yang akan datang, dengan tanda pagar #24HrInStyle dan #Perfect10. Hari ini, misteri itu telah disingkap dan ternyata benar, ia adalah Honor 10 Lite.

Bagaimanapun, Honor 10 Lite tidak sempat bertemu rakyat Malaysia tahun ini. Ia telah dijadualkan akan dilancarkan di Malaysia, pada 8 Januari 2019. Dengan ini, ia dianugerahkan sebagai peranti pertama Honor dilancarkan pada tahun 2019.



Seimbas pandang, Honor 10 Lite boleh dikatakan seperti versi cilik Honor 8X. Ini kerana ia memiliki rekaan berkilau di belakang. Skrinnya berbeza sedikit, kerana ia menggunakan takuk titisan air, dengan keluasan 6.21-inci HD Penuh+.

Kuasa di dalam Honor 10 Lite juga menyerupai Honor 8X, seperti penggunaan cip Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, RAM antara 4GB dan 6GB, serta storan dalaman sehingga 128GB.



Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan lensa 13MP dan 2MP. Tetapi lensa lebih hebat untuk swafoto digunakan di kamera hadapan, dengan resolusi 24MP F2.0 berkuasa AI untuk ubahsuai gambar secara pintar.

Bateri Honor 10 Lite sedikit kecil, hanya 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB, tanpa sokongan pengecasan pantas.

Tetapi yang menariknya, Honor 10 Lite siap dipasang sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Ia adalah peranti pertama Honor yang dibekalkan siap dengan Android Pie.

Honor 10 Lite di China, diperkenalkan dalam empat warna iaitu, gradient biru, gradient merah, hitam dan putih. Tetapi di Malaysia, ia dikhabarkan akan dilancarkan dengan pilihan warna lebih terhad.

Honor Malaysia belum berkongsi tentang harga jualannya. Di China, ia telah dijual pada harga:

  • Honor 10 Lite (4GB/64GB) – RMB1,399 (~RM847)
  • Honor 10 Lite (6GB/64GB) – RMB1,699 (~RM1,029)
  • Honor 10 Lite (6GB/128GB) – RMB1,899 (~RM1,150)

Kami jangka, harga di Malaysia tidak banyak berbeza dari kadar tukaran di atas. Memandangkan Honor 8X dengan RAM 4GB dan storan 128GB berharga RM949 di Malaysia, Honor 10 Lite dengan RAM 4GB dan storan 64GB kami anggarkan akan berharga RM849.

Pasti lebih banyak info akan diberitahu Honor Malaysia menjelang pelancarannya pada 8 Januari 2019. Kita nantikan bersama.

Tags: honorHonor 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor 10 Lite akan datang ke Malaysia tahun depan

Honor 10 Lite akan datang ke Malaysia tahun depan

19 December 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER