• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Max terbaharu kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:20 pm
  • 10/10/2024
  • Komen
AirPods Max terbaharu kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2,499
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan kemasukan Airpods 4 ke pasaran Malaysia, AirPods Max baharu yang Apple umumkan sewaktu pelancaran iPhone 16 juga kini telah tersedia untuk didapatkan peminat di Malaysia. Anda boleh mula tempah AirPods Max terbaharu ini dan terimanya seawal 15 Oktober 2024.

Harga AirPods Max terbaharu di Malaysia

Kalau anda berminat, AirPods Max terbaharu ini boleh dibeli pada harga RM2,499, iaitu RM100 lebih mahal berbanding model sebelumnya yang diumumkan pada tahun 2020. Tetapi seperti biasa, anda ada pilihan untuk tambah ukiran secara percuma, serta peroleh penghantaran percuma dan langganan tiga bulan Apple Music.



Namun, anda hanya boleh memilih peranti untuk dihantar ke rumah dan pilihan untuk pengambilan di Apple Store TRX masih belum tersedia.

Apa yang baru pada AirPods Max 2024?

AirPods Max terbaharu ini bukanlah model serba baharu, sebaliknya adalah model yang dikemas kini daripada AirPods Max yang dilancar tahun 2020. Oleh itu, ia masih mewarisi sebahagian ciri dan rupa model sebelumnya. Untuk mudah beza, AirPods Max terbaharu kini didatangkan warna yang lebih segar termasuk biru, ungu, oren, kuning air dan hitam.



Selain itu, kemas kini terbesar adalah pada bahagian portnya, dengan model baharu memanfaatkan port USB-C untuk mengecas menggantikan port Lightning. Model baharu ini juga masih menggunakan cip H1 dan bukannya cip H2 yang lebih baru, ada fungsi penyaring hingar aktif (ANC), pemandu dinamik sebesar 40mm serta jangka hayat bateri sehingga 20 jam. Butang kawalan fizikal Digital Crown juga masih dikekalkan.

Bacaan berkaitan

  • Tempahan Apple Watch Series 10 Malaysia dibuka, penghantaran seawal 14 Oktober 2024
  • AirPods 4 Malaysia: Tempahan dibuka, terima seawal 15 Oktober 2024
  • Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC
Tags: airpods maxAirPods Max 2024appleapple malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AirPods Max terbaharu kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2,499

AirPods Max terbaharu kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2,499

10 October 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN