• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods 4 Malaysia: Tempahan dibuka, terima seawal 15 Oktober 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:02 pm
  • 10/10/2024
  • Komen
AirPods 4 Malaysia: Tempahan dibuka, terima seawal 15 Oktober 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan sesi tempahan Apple Watch Series 10, anda juga boleh lengkapkan koleksi barang Apple anda dengan menempah siri AirPods 4. Sesi tempahan awalnya sudahpun dibuka dan tempahan akan dipenuhi seawak 15 Oktober 204.

Harga AirPods 4 di Malaysia

Apple AirPods 4 ditawarkan dalam dua varian. Varian paling murah adalah tanpa active noise cancellation (penyaring hingar aktif, ANC) sementara varian kedua yang lebih mahal dilengkapi ANC. Berikut adalah harga jualan AirPods 4:



  • AirPods 4 – RM559
  • AirPods 4 ANC – RM829

Apa yang menarik dengan Apple AirPods 4?

Siri AirPods adalah fon putik jenis open-ear yang letaknya dalam kategori mampu milik, dalam kalangan penawaran kelengkapan audio wayarles Apple. Untuk generasi kali ini, Apple katanya telah menganalisis lebih 50 juta data sewaktu mereka mereka cipta bentuk AirPods 4 ini untuk sesuai dengan banyak jenis bentuk telinga. Antara perkara yang ditambah baik untuk berikan kualiti audio baik adalah seperti seni bina akustik yang baharu, pemacu audio low-distortion dan berjulat dinamik tinggi.

AirPods 4 kali ini diperkasa cip H2, cip yang sama boleh anda temukan pada AirPods Pro 2 yang berharga RM1,099. Buat pertama kalinya dalam siri AirPods, Apple telah memasukkan ciri ANC pada AirPods 4 namun ciri itu tiada pada varian paling murah.



Bekas penyimpan AirPods 4 adalah 10% lebih kompak berbanding sebelumnya untuk mengurangkan penggunaan ruang dalam beg anda dan ia menerima tenaga daripada port USB-C ataupun secara wayarles melalui pengecas berpiawaian Qi.

Hayat bateri AirPods 4 diikankan sebagai 5 jam tengan satu bateri penuh. Sebagai perbandingan, AirPods Pro 2 mempunyai 6 jam waktu guna. Beza AirPods 4 dengan AirPods Pro 2 adalah jenis fon putik. Sedang AirPods 4 adalah jenis open-ear AirPods Pro 2 adalah jenis in-ear yang bermakna fon putik perlu disumbat ke dalam lubang terlinga.

Salah satu kekurangan AirPods 4 berbanding AirPods Pro 2 adalah ia tiada ciri swipe pada stem untuk berikan arahan.

Anda boleh layari laman rasmi AirPods 4 untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC

AirPods hilang dalam pesawat, wanita ini berjaya temuinya semula di rumah pekerja lapangan terbang

Ada telinga kecil? Ini 5 fon putik kecil sesuai untuk iPhone bawah RM600

Tags: Airpods 4appleApple Airpodsapple airpods 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AirPods 4 Malaysia: Tempahan dibuka, terima seawal 15 Oktober 2024

AirPods 4 Malaysia: Tempahan dibuka, terima seawal 15 Oktober 2024

10 October 2024
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN