• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet terpaling gaming 2024 RedMagic Nova di Malaysia, diskaun RM500

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:37 pm
  • 22/10/2024
  • Komen
Tablet terpaling gaming 2024 RedMagic Nova di Malaysia, diskaun RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Tanda harga tablet gaming RedMagic Nova untuk pasaran Malaysia telahpun diumumkan. Berdasarkan laman rasmi, RedMagic Nova dijual pada harga RM3,199 untuk varian 12GB+256GB sementara varian paling tinggi iaitu 16GB+512GB ditawarkan pada harga RM3,499.

Untuk tempoh terhad, rebat RM500 diberikan untuk pembelian antara 24 Oktober hingga 13 November 2024. Pembelian awal juga diberikan kipas penyejuk ekslusif.



RedMagic Nova dengan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition

Perkara yang menarik tentang RedMagic Nova adalah ia diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition, SoC yang di-overclock untuk perah semua keringat yang mampu diberikan cip tersebut. Tak terhad di situ, untuk mengawal selia haba yang terhasil, tablet ini juga dilengkapi kipas penyejuk untuk memastikan suhu operasi berada pada paras optimum.

Kipas itu juga dilengkapi lampu RGB untuk berikan karakteristik gaming yang para gamers mahukan. Dengan semua ini, tidak salah rasanya untuk gelarkan RedMagic Nova sebagai tablet gaming terbaik tahun 2024.



SoC gaming khas untuk tablet gaming ini digandingkan dengan modul RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB masing-masing mengguna pakai teknologi LPDDR5X dan UFS 4.0.

RedMagic Nova dengan skrin 10.9” kadar segar semula 144Hz

Bila main game, anda melihat visual melalui skrin sebesar 10.9” dengan resolusi 2.8K berkesegaran semula 144Hz. Panel paparan ini mesra mata dan memenuhi piawaian SGS pada segi penghasilan cahaya biru yang rendah. Bunyi-bunyian terhasil daripada sistem kuadspeaker dengan teknologi DTS:X Ultra, namun tiada jek audio 3.5 disediakan untuk sambungan audio berwayar.

Apabila perlu dicas, RedMagic Nova menerima kuasa daripada USB-C setinggi 80W untuk mengisi tangki sebesar 10,100mAh. Untuk mengambil gambar pula, ia ada satu kamera 50MP sebagai kamera utama dan satu kamera 20MP untuk kamera selfie.

Anda boleh layari laman rasmi RedMagic Nova untuk maklumat lanjut.

Tags: androidgamingRedMagicRedMagic Novatablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Tablet terpaling gaming 2024 RedMagic Nova di Malaysia, diskaun RM500

Tablet terpaling gaming 2024 RedMagic Nova di Malaysia, diskaun RM500

22 October 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER