• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pascabayar CelcomDigi dapat kuota berganda, ini pelan yang terlibat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:49 pm
  • 30/10/2024
  • Komen
Pascabayar CelcomDigi dapat kuota berganda, ini pelan yang terlibat
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi dikesan telah menaik taraf spesifikasi pascabayar CelcomDigi yang bukan unlimited, tanpa sebarang pengumuman*.* Sebanyak 5 pelan menerima kuota berganda. Pelan yang terlibat ialah:

  • CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE kuota menjadi 80GB (40GB + 40GB)
  • CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE kuota menjadi 200GB (100GB + 100GB)
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 kuota menjadi 300GB (150GB + 150GB)
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 kuota menjadi 500GB (250GB + 250GB)
  • CelcomDigi ONE Lite kuota menjadi 500BG (250GB + 250GB)

Berdasarkan laman FAQ CelcomDigi Postpaid 5G Bonus Quota Offer, promosi ini berjalan bermula 29 Oktober 2024 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu.



CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE & 60 SE

CelcomDigi Postpaid 5G SE terdiri daripada dua pelan pascabayar yang menyediakan sambungan asas kepada servis telco pada harga serendah RM40/bulan. Ia diperkenalkan dalam bulan Mac 2024 yang lalu. Kedua-dua pelan ini menerima sambungan Internet Essential (100Mbps) dengan kuota panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Pelanggan Postpaid 5G SE yang bersetuju untuk ditambat kontrak selama sebulan akan terima kuota tambahan. Pelan 40 SE diberikan 20GB kuota tambahan sementara pelan 60 SE diberikan 35GB kuota tambahan.



CelcomDigi Postpaid 5G 80 & 100

CelcomDigi Postpaid 5G adalah pelan lebih premium. Mereka diberikan sambungan Internet masing-masin Essential 100Mbps dan Advance 300Mbps.

Pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80 & 100 akan menerima sambungan CelcomDigi Fibre 300Mbps percuma selama 6 bulan. Sekiranya mereka ingin menyambung penggunaan, harga langganannya adalah RM139/bulan.

Kalau ingin berjimat, tambat langganan anda kepada kontrak selama 12 bulan dan terima rebat RM10 ke atas bil bulanan. Selain itu, kedua-dua pelan ini mempunyai akses CelcomDigi Easy360 untuk anda dapatkan peranti terkini.

CelcomDigi ONE Lite

CelcomDigi ONE Lite adalah salah satu daripada tiga pelan ONE semua-dalam-satu yang dilancarkan dalam bulan Julai 2024. Ia satu-satunya pelan CelcomDigi One yang tiada kuota tanpa had sebaliknya capaian Internet Advanced (300Mbps).

Pelanggan CelcomDigi ONE Lite juga terima sambungan CelcomDigi Fibre tapi selama 24 bulan pada kelajuan 100Mbps. Untuk alternatif, mereka juga boleh pilih untuk terima CelcomDigi 5G Home WiFi bersama-sama router berkelajuan 100Mbps.

Anda boleh laman Product Disclosure CelcomDigi Postpaid untuk maklumat lanjut.

Tags: CelcomDigicelcomdigi one litecelcomdigi postpaid 5gCelcomDigi Postpaid 5G SEpascabayar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pascabayar CelcomDigi dapat kuota berganda, ini pelan yang terlibat

Pascabayar CelcomDigi dapat kuota berganda, ini pelan yang terlibat

30 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER