GoPro Plus adalah servis langganan yang dilancarkan dalam tahun 2016. Ia asasnya langganan storan awan untuk anda simpan video daripada GoPro. Namun, servis itu belum menjengah Malaysia walaupun dah beberapa pembaharuan dilakukan GoPro untuk menambah baik servis langganan tersebut. Tapi, kini pengguna GoPro di Malaysia boleh mula langgan servis awan ini beserta manfaat-manfaat lain.
Jenis langganan GoPro Premium
Langganan GoPro Premium terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- GoPro Quik – RM44.90/tahun
- GoPro Premium – RM19.90/bulan atau RM199.90/tahun
- GoPro Premium+ – RM499.90/tahun
Sebagai promosi istimewa, anda boleh langgan Premium tahun pertama pada harga RM99.90 sahaja dan pembaharuan berharga penuh akan dikenakan untuk langganan tahun kedua dan yang seterusnya.
Manfaat-manfaat yang diterima pelanggan juga adalah berbeza dengan Quik beroleh ciri paling sedikit diikuti Premium dan seterusnya Premium+ yang dapat manfaat paling banyak.
Beza langganan GoPro Quik, Premium, dan Premium+
Sebagai langganan termurah, pelan Quik berikan anda akses kepada alat-alat penyuntingan premium dalam aplikasi Quik dan salinan backup di awan untuk album.
Kemudian, menaiki tangga langganan ke Premium. Beberapa akses tambahan diperoleh pengguna. Pertama sekali adalah salinan backup tanpa had ke awan untuk semua video GoPro. Video bukan GoPro juga diberikan kuota 25GB untuk disimpan.
Fungsi livestream juga boleh digunakan di aplikasi GoPro untuk anda gunakan kamera sebagai kamera siaran langsung ke platform-platform media sosial.
Pelan paling mahal iaitu Premium+ berikan anda semua manfaat Quik dan Premium bersama-sama satu lagi ciri iaitu HyperSmooth Pro.
Anda boleh layari laman rasmi GoPro Premium untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
GoPro Hero 13 Black Malaysia: Ini senarai harga aksesori rasminya
GoPro Hero 13 Black: Ada yang baru, ada yang lama, ada yang tiru
GoPro Quik versi desktop dilancar, pengguna Malaysia tak boleh guna 100% pun