• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 7 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite dengan bateri terbesar 6,500mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:16 pm
  • 07/11/2024
  • Komen
Realme GT 7 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite dengan bateri terbesar 6,500mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah sedia maklum bahawa Realme GT 7 Pro akan membuat kemunculannya di Malaysia pada 18 November sebagai telefon pintar dengan Snapdragon 8 Elite pertama di Malaysia. Menjelang pelancarannya di Malaysia, Realme GT 7 Pro kini sudah pun rasmi dilancarkan di China, sekali gus mendedahkan spesifikasi penuh yang didukung telefon itu serta harganya di China.

Harga Realme GT 7 Pro di China

Realme GT 7 Pro ditawarkan dalam lima varian di China pada harga bermula CNY3,699 (~RM2,280) untuk RAM 12GB dan storan 256GB, dan sehingga CNY4,799 (~RM2,958) untuk varian dengan RAM 16GB dan storan 1TB. Ia juga didatangkan dalam tiga pilihan warna aitu hitam, oren dan putih.



Buat masa ini, maklumat harga di Malaysia tentunya masih belum ada dan hanya akan diketahui pada pelancarannya yang berlangsung pada 18 November 2024 pada jam 6 petang. Anda boleh tonton siaran langsung majlis pelancarannya melalui laman rasmi Realme Malaysia di Facebook atau YouTube.

Untuk perspektif anda, Realme GT 6 terdahulu dilancarkan pada harga bermula RM2,799. Disebabkan ia bukan versi Pro dan menggunakan cip Snapdragon 8S Gen 3, maka anda boleh jangkakan harga GT 7 Pro akan lebih daripada itu, mungkin diletakkan sekitar RM3,300.



Spesifikasi Realme GT 7 Pro

Seperti yang didedahkan Realme Malaysia baru-baru ini, GT 7 Pro tampil dengan panel paparan jenis OLED RealWorld Eco² yang dibangunkan Realme bersama Samsung. Skrin yang dimiliki GT 7 Pro iniberukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, sokong kadar penyegaran adaptif 120Hz, kecerahan puncak setinggi 6,000 nits dan cakupan warna gamut seluas 120%.

Atas papan utama, macam yang digembar-gemburkan, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan disediakan dengan kombinasi RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 seluas 1TB. Bagi memastikan penyingkiran haba yang efisien, Realme telah melengkapkan GT 7 Pro dengan penyejuk kebuk wap sebesar 11480mm², lebih besar berbanding yang ada di Realme GT 6.

Untuk perlindungan, badan telefon ini juga diiktiraf kalis air IP68/69 membolehkannya untuk diselam dalam air sedalam 2 meter selama 30 minit. Selain itu, ia juga didatangkan dengan mod fotografi dalam air pertama di dunia, membolehkan telefon merakam atau menangkap gambar sewaktu di dalam air sambil mengekalkan warna yang cantik.

Bahagian pengimeja GT 7 Pro didatangkan dengan tiga kamera 50MP di belakang. Ia terdiri daripada kamera utama yang menggunakan sensor 1/1.56” Sony IMX906, kamera telefoto periskop memanfaatkan sensor 1/1.95” Sony IMX882 dan kamera ultralebar dengan sensor 1/4” Sony IMX355. Kamera telefotonya mampu untuk zum digital sehingga 120x.

Lubang di skrin pula menempatkan kamera 16MP. Sistem pengimejannya turut ditambah baik dengan seni bina Next AI untuk tingkatkan kualiti gambar seperti boleh menghilangkan objek dalam bingkai dan memperjelaskan semula imej yang kabur, selain ciri Live Photo.

Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 dan menampilkan fungsi AI lain seperti Sketch to Image, Motion Deblur, dan AI Snap Mode. Menghidupkan komponen telefon ini adalah bateri berkapasiti besar, 6,500mAh dan ia boleh dicas pada kuasa 120W melalui USB-C.

Menurut Realme, ia membolehkan telefon dicas dari 0-50% dalam masa 14 minit sahaja dan cas penuh dalam masa 37 minit. GT 7 Pro juga ada pengimbas cap jari ultrasonik di dalam skrin dan pemancar inframerah di belakang telefon.

Kali terakhir telefon Realme yang dilancar dengan Snapdragon 8s Gen 3 adalah Realme GT 6 sekitar Julai lepas. Sebagai perbandingan, GT 7 Pro ada spesifikasi yang lebih baik termasuk menggunakan cip lebih berkuasa, kapasiti bateri 1,000mAh lagi besar dan sistem kamera dengan keupayaan zum lebih jauh, sehingga 120x berbanding hanya 20x di GT 6.

Tetapi, saiz skrinnya masih tidak berubah dan sokongan pengecasan juga masih sama pada paras 120W dan tiada pengecasan wayarles.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme GT 7 Pro.

Tags: Realmerealme gtrealme gt 7 proRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Realme GT 7 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite dengan bateri terbesar 6,500mAh

Realme GT 7 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite dengan bateri terbesar 6,500mAh

7 November 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER