• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:00 pm
  • 20/11/2024
  • Komen
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital telah mengumumkan mereka bakal melaksanakan keperluan mandatori untuk pengesahan eKYC di Touch ‘n Go eWallet, bermula 20 Disember 2024. Pengumuman ini susulan daripada kenyataan syarikat tersebut awal tahun ini, sebagai inisiatif untuk tingkatkan lagi keselamatan pengguna.

Ini bermakna, selepas 20 Disember 2024, pengguna tidak lagi akan mendapat akses aplikasi Touch ‘n Go eWallet, melainkan mereka melengkapkan proses eKYC terlebih dahulu. TNG Digital turut menyatakan pengguna telah diberikan masa lebih kurang 10 bulan untuk lakukan pengesahan tersebut, sebelum eKYC dilaksanakan sepenuhnya pada bulan hadapan.



Proses eKYC atau nama penuhnya “electronic Know-Your-Customer” memerlukan pengguna untuk mengesahkan identiti mereka secara digital. Ia melibatkan langkah seperti memuat naik gambar kad IC dan selfie, kemudian sistem akan mengesahkan identiti anda sekiranya kedua-duanya sepadan.

Menurut TNG Digital, dengan melaksanakan 100% pengesahan eKYC, ia dapat membenarkan pihak mereka untuk mengesan dan menghapuskan akaun keldai serta kes penipuan dengan lebih efektif. Pendekatan ini dikatakan bukan sahaja melindungi pengguna, tetapi juga dapat menyediakan landskap kewangan digital yang lebih selamat.



Pengguna yang lakukan pengesahan eKYC terima lebih banyak ciri

Sehingga sekarang, proses eKYC hanyalah pilihan sahaja dan pengguna boleh pilih untuk lakukannya ataupun tidak. Tetapi, pengguna tanpa pengesahan eKYC diletakkan pada peringkat ‘Lite” yang ada had baki dan transaksi lagi rendah, serta akses asas untuk pembayaran dan tol termasuk tambah nilai kad TNG NFC dan RFID. Tiada kemudahan untuk menghantar wang melalui Duitnow atau pulangan harian dengan GO+.

Untuk mendapatkan ciri lebih banyak dan had baki eWallet lagi tinggi, pengguna perlu lakukan proses eKYC untuk naik ke peringkat “Pro” dan “Premium”.

Dengan pelaksanaan penuh eKYC ini, semua pengguna perlu lakukan pengesahan untuk terus menggunakan Touch ‘n Go eWallet, termasuk penggunan lama dan juga baharu. Untuk pengguna sedia ada, akses akaun mereka disekat secara beransur sekiranya mereka tidak mengesahkan akaun selepas dari tarkhir 20 Disember, kemudian akan hilang akses sepenuhnya jika masih tidak lakukan proses eKYC.

Bacaan berkaitan

  • TNG Go+ naikkan siling ke RM20,000, jana dividen harian lebih tinggi
  • TNG eWallet akan kenakan caj 1% untuk pembayaran QR di luar negara
  • Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah

Tags: tngTNG Digitaltng ewalletTouch n GoTouch n Go eWallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

20 November 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN