• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zotac Zone akan tiba di Malaysia pada RM3,899, tempahan awal kini dibuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:45 pm
  • 10/12/2024
  • Komen
Zotac Zone akan tiba di Malaysia pada RM3,899, tempahan awal kini dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Zotac Zone membuat kemunculan pertamanya di acara Computex 2024 pada Jun lepas. Ia kemudiannya dilancarkan pada bulan Ogos sewaktu Gamescom 2024. Kini, selepas tiga bulan dari pelancarannya, Zotac Zone akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, dengan tempahan awal untuk milikinya sudah pun dibuka.

Harga dan promosi Zotac Zone di Malaysia

Zotac Zone didatangkan dalam satu konfigurasi dengan RAM 16GB dan storan 512GB pada harga RM3,899 dan akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 13 Disember 2024. Tempahan awalnya telah pun dibuka dan penempah awal akan disertakan dengan sarung konsol secara percuma bernilai RM189.



Selain itu, penempah awal turut akan ada pilihan untuk mendapatkan “docking station” Zotac Gaming pada harga lebih murah, RM199 berbanding harga asal RM289. Promosi akan diadakan sehingga 31 Disember, sementara stok masih ada.

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga konsol permainan mudah lain yang ada di Malaysia:



  • ROG Ally X – harga RM4,299
  • ROG Ally – harga bermula RM2,799
  • Legion Go – harga bermula RM3,699
  • MSI Claw – harga bermula RM3,499

Spesifikasi Zotac Zone

Zotac Zone menggunakan skrin sentuh bersaiz 7-inci jenis AMOLED dengan resolusi FHD, sokong kadar penyegaran 120Hz dan memiliki kecerahan puncak setinggi 800 nits. Panel paparannya turut menyokong HDR dengan cakupan warna gamut DCI-P3 100%

Atas papan utama, konsol ini dikuasakan SoC AMD Ryzen 7 8840U yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X-7500 16GB dan storan NVMe 4.0 SSD seluas 512GB. Kad mikroSD jenis UHS-II turut diterima bagi keperluan perluasan storan. Cip itu turut menampilkan GPU AMD Radeon 780M untuk keperluan grafik.

Daripada segi kawalan, konsol ini dilengkapi butang bahu dan joystick dengan “Hall effect” yang dikatakan Zotac dapat berikan kawalan lebih tepat serta ketahanan lebih baik. Terdapat juga butang dail yang mengelilingi joystick untuk membolehkan pengguna mengubah tetapan dengan cepat.

Seperti biasa, butang D-Pad dan ABXY boleh anda temui pada konsol, di samping sepasang pad sesentuh dan butang makro pada kiri dan kanan konsol. Berkenaan audio, terdapat speaker stereo yang menembak ke bahagian bawah konsol.

Menyalurkan tenaga pada konsol adalah daripada bateri berkapasiti 48.5Whr. Walau bagaimanapun, Zotac tidak berkongsikan pula kuasa pengecasan yang disokong dan hayat bateri yang dapat ditawarkan konsol.

Di samping menyokong sambungan seperti WiFi 6E dan Bluetooth 5.2, konsol ini turut memiliki dua port USB-C (USB4), jek audio 3.5mm, mikrofon, kamera hadapan 1MP dan butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Zotac Zone.

Tags: konsol permainan mudah alihzotacZotac MalaysiaZotac ZONE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Zotac Zone akan tiba di Malaysia pada RM3,899, tempahan awal kini dibuka

Zotac Zone akan tiba di Malaysia pada RM3,899, tempahan awal kini dibuka

10 December 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER