• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G perluas pas perayauan di 12 negara, kini termasuk Korea Selatan

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:36 am
  • 20/12/2024
  • Komen
Yes 5G perluas pas perayauan di 12 negara, kini termasuk Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G telah memperluaskan jumlah negara yang disokong untuk pas perayauan YesRoam ASEAN Plus mereka. Jika sebelum ini kegunaan pas meliputi 11 buah negara, kini ia meliputi 12 negara dengan penambahan negara Korea Selatan. Sama seperti sebelum ini, anda boleh langgan pas pada harga serendah RM10.

Bagi yang tidak tahu, pas perayauan Yes 5G ASEAN Plus adalah pas tambahan yang boleh dilanggan pengguna pascabayar Yes. Ia menyediakan data perayauan tanpa had di beberapa buah negara dan dengan tambahan negara terbaru, berikut adalah keseluruhan negara yang disokong YesRoam ASEAN Plus:



  • Brunei
  • Kemboja
  • China
  • Hong Kong
  • Indonesia
  • Laos
  • Macau
  • Filipina
  • Korea Selatan
  • Taiwan
  • Thailand
  • Vietnam

Terdapat tiga pas perayauan yang ditawarkan Yes iaitu pas 1 hari, 3 hari dan 7 hari. Pas 1 hari berharga RM10 didatangkan dengan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, sementara pas 3 hari yang berharga RM20 menyediakan data berkelajuan tinggi sebanyak 5GB. Untuk kuota yang lebih banyak, pas 7 hari ada menawarkan data berkelajuan tinggi 10GB pada harga RM30.

Untuk pengalaman perayauan yang lancar, pengguna boleh mengaktifkan pas perayauan sehingga 30 hari lebih awal sebelum ia mahu digunakan. Kalau anda berubah fikiran kemudian, anda boleh batalkan pas 2 hari sebelum pas diaktifkan.



Selepas kuota data berkelajuan tinggi habis digunakan, anda masih boleh gunakan internet tetapi kelajuan internet dihadkan kepada 512kbps. Walaupun agak perlahan, ia masih mencukupi untuk kegunaan melayari laman web, menghantar mesej dan menggunakan navgasi.

Sekiranya anda tertanya kenapa Singapura tidak termasuk dalam pas perayauan, ini adalah kerana pelan pascabayar Yes Infinite menawarkan perayauan data 5G tanpa had di Singapura dengan kuota internet berkelajuan tinggi sebanyak 10GB diberikan setiap bulan. Untuk pelan pascabayar Yes lain, pas perayauan di Singapura boleh dilanggan pada harga RM8 untuk data berkelajuan tinggi 1GB.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman perayauan Yes 5G.

Tags: pascabayar yesPerayauanPerayauan DataPerayauan InternetYESyes 5gYesRoam Asean Plus
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Yes 5G perluas pas perayauan di 12 negara, kini termasuk Korea Selatan

Yes 5G perluas pas perayauan di 12 negara, kini termasuk Korea Selatan

20 December 2024
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER