• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YesRoam Asean Plus, akhirnya pelan perayauan murah untuk pengguna Yes di 11 negara

  • OLEH Najib
  • 2:51 pm
  • 12/06/2024
  • Komen
YesRoam Asean Plus, akhirnya pelan perayauan murah untuk pengguna Yes di 11 negara
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Yes menawarkan pelan dengan data paling mewah di Malaysia, salah satu yang menjadi kekurangannya adalah data perayauan luar negara yang agak mahal. Tetapi ia tidak lagi akan menjadi kekangan, apabila Yes baru-baru ini mengumumkan pas YesRoam ASEAN Plus.

11 negara Asia tidak termasuk Singapura

Pas perayauan luar negara Yes ini menawarkan harga yang rendah, dengan beberapa pilihan. Buat masa ini, pas ini hanya meliputi 11 negara di dalam Asia iaitu:



  1. Brunei
  2. Kemboja
  3. China
  4. Hong Kong
  5. Indonesia
  6. Laos
  7. Macau
  8. Filipina
  9. Taiwan
  10. Thailand
  11. Vietnam

Singapura tidak termasuk di dalam pas perayauan kerana ia ditawarkan secara percuma untuk pelan pascabayar Yes Infinite, atau RM8/hari untuk pelan pascabayar Yes yang lain.

Tiga pas perayauan fleksibel tanpa had

Yes menawarkan tiga pas perayauan fleksibel dengan data tanpa had, tetapi dengan FUP berbeza iaitu:



  • Pas 1-hari – RM10 (FUP 1GB)
  • Pas 3-hari – RM20 (FUP 5GB)
  • Pas 7-hari – RM30 (FUP 10GB)

Apabila FUP tercapai, kelajuan internet akan dihadkan kepada 512kbps sahaja tetapi internet boleh terus digunakan tanpa had. Jika perlukan kelajuan tinggi, boleh melanggan semula pas ini untuk mendapatkan kuota tanpa sekatan kelajuan.

Pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan pas ini sehingga 30 hari sebelum tarikh mahu digunakan. Jika ada perubahan keperluan kemudian, pas ini boleh dibatalkan sehingga 24 jam sebelum mahu digunakan. Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk menetapkan waktu pas perayauan diaktifkan, supaya tidak terlupa mengaktifkan apabila sudah berada di luar negara.

Jangan lupa bersambung ke telco secara manual

Bagaimanapun, apabila berada di luar negara, sebelum mengaktifkan ‘data roaming’ pengguna perlu bersambung ke rangkaian rakan telco Yes di negara tersebut. Di dalam FAQ Yes, jika pengguna bersambung ke rangkaian bukan rakan telco Yes, mereka akan dikenakan caj penggunaan biasa.

Selain itu, pas YesRoam ASEAN Plus ini hanya tersedia untuk pengguna pascabayar sahaja. Pengguna prabayar Yes masih tiada pilihan untuk menggunakan pas perayauan luar negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Yes Roaming.

Bacaan Berkaitan

  • Prabayar baru Yes 5G RM20 ada kuota 50GB dan data boleh dibawa ke depan
  • Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat
  • Kontrak jalur lebar Yes 5G dipendekkan, harga kekal murah dengan data tanpa had
Tags: YESyes 5gYesRoamYesRoam Asean Plus
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
YesRoam Asean Plus, akhirnya pelan perayauan murah untuk pengguna Yes di 11 negara

YesRoam Asean Plus, akhirnya pelan perayauan murah untuk pengguna Yes di 11 negara

12 June 2024
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN