• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini maklumat harga dan promosi tempahan awal

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:46 am
  • 23/01/2025
  • Komen
Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini maklumat harga dan promosi tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Samsung Galaxy S25 kini telah rasmi dilancarkan dan tempahan awalnya juga telah dibuka di Malaysia. Sebagai promosi tempahan awal, Samsung juga menawarkan promosi bernilai sehingga RM1,600, yang termasuk naik taraf storan dua kali ganda lebih besar secara percuma, penebusan baucar Galaxy Unpacked, dan diskaun ekstra sekiranya anda pemegang kad CIMB.

Selain itu, terdapat juga kempen di mana penempah awal boleh memenangi Galaxy S25+ secara percuma.



Promosi tempahan awal Samsung Galaxy S25 di Malaysia

Promosi tempahan awal bagi siri Galaxy S25 akan berjalan bermula 23 Januari sehingga 13 Februari 2025. Pelanggan boleh nikmati naik taraf storan dua kali ganda secara percuma, bermakna anda boleh dapatkan Galaxy S25 dengan storan 512GB pada harga RM3,999 (harga asal RM4,599).

Manakala, Galaxy S25 Ultra dengan storan 1TB boleh didapatkan pada harga RM7,199 (harga asal RM7,799), bermaksud penjimatan sebanyak RM600.



Kalau anda ada mendaftar minat untuk siri Galaxy S25 sebelum ini, anda juga boleh dapatkan tambahan diskaun RM200 menggunakan eBaucar yang disediakan sewaktu membuat pembayaran. Untuk anda yang membeli baucar Samsung Reservation+ eVoucher yang berharga RM100, anda juga boleh terima lebih banyak penjimatan RM600 untuk pembelian siri Galaxy S25.

Tambahan pula, pemegang kad CIMB boleh nikmati rebat sehingga RM400 kalau membayar menggunakan kad CIMB di stor online Samsung.

Sebagai tambahan, Samsung Malaysia juga menawarkan potongan 30% apabila anda membeli Galaxy S25 bersama-sama dengan Galaxy Watch atau Galaxy Buds. Berikut adalah harga Galaxy Watch dan Galaxy Buds dengan diskaun 30%:

  • Galaxy Watch Ultra LTE 47mm – RM2,719.20
  • Galaxy Watch7 Bluetooth 44mm – RM909.30
  • Galaxy Watch7 Bluetooth 40mm – RM839.30
  • Galaxy Buds3 Pro – RM699.30
  • Galaxy Buds3 – RM419.30

Menurut Samsung Malaysia, anda boleh berpeluang untuk memenangi sebuah unit Galaxy S25+ dengan storan 256GB apabila anda menempah awal peranti siri Galaxy S25 daripada stor yang terlibat daripada jam 10 pagi hingga 10 malam pada 23 Januari 2025. Namun, Samsung masih belum berikan senarai berkenaan stor yang terlibat.

Harga Samsung Galaxy S25, S25 Plus and S25 Ultra di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi siri Galaxy S25 di Malaysia:

  • Galaxy S25 256GB – RM3,999
  • Galaxy S25 512GB – RM4,599
  • Galaxy S25+ 256GB – RM4,999
  • Galaxy S25+ 512GB – RM5,599
  • Galaxy S25 Ultra 256GB – RM5,999
  • Galaxy S25 Ultra 512GB – RM6,599
  • Galaxy S25 Ultra 1TB – RM6,599

Terdapat beberapa warna yang tersedia bagi siri Galaxy S25. Galaxy S25 dan S25 Plus tersedia dalam warna biru gelap, biru cerah, hijau dan kelabu. Sementara itu, Galaxy S25 Ultra ditawarkan dalam warna biru titanium, kelabu titanium, putih titanium dan hitam titanium.

Samsung Malaysia juga menawarkan warna eksklusif di stor online termasuk hitam, merah dan emas bagi Galaxy S25 dan Galaxy S25 Plus. Sementara itu, warna eksklusif online bagi Galaxy S25 Ultra adalah hijau titanium, hitam titanium dan emas titanium.

Kalau berminat, anda boleh membuat pratempah Galaxy S25, Galaxy S25 Plus dan Galaxy S25 Ultra di stor online Samsung.

Apa yang baru pada siri Galaxy S25?

Siri Samsung Galaxy S25 ada naik taraf yang sangat minima pada bahagian perkakasan dan Samsung memfokuskan pada pengalaman Galaxy AI yang dipertingkatkan. Kali ini, semua model Galaxy S25 diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy dan dipadankan dengan RAM 12GB secara standard.

Bahagian kamera dan bateri kebanyakannya tidak berubah, kecuali untuk Galaxy S25 Ultra yang kini ada rekaan bingkai dengan bucu lebih bulat dan skrin lebih besar berukuran 6.9-inci jenis AMOLED 120Hz dengan resolusi QHD+. Hanya yang berubah pada kamera Galaxy S25 Ultra adalah kamera ultralebar kini gunakan sensor 50MP berbanding 12MP.

Bagi peminat S-Pen, ianya kini dah diturun taraf di Galaxy S25 Ultra kerana S-Pen tidak lagi menyokong Bluetooth. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi Galaxy S25 di artikel kami atau boleh tonton video kami di bawah.

Tags: GalaxyGalaxy S25Galaxy S25 PlusGalaxy S25 Ultrasamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S25
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini maklumat harga dan promosi tempahan awal

Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini maklumat harga dan promosi tempahan awal

23 January 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER