• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan beri diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina pada 27 dan 28 Januari

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:58 pm
  • 24/01/2025
  • Komen
Kerajaan beri diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina pada 27 dan 28 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah mengumumkan bahawa akan memberikan diskaun tol 50% dari kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba. Langkah tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi setelah ia diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini.

Pelaksanaan diskaun tol masih menelan kos besar

Baru sahaja minggu lepas kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan. Pada pengumuman tersebut, kerajaan juga memaklumkan akan menggantikannya dengan pelaksanaan yang lebih bersasar, walaupun perincian untuk pelaksanaannya tidak didedahkan.



Kali ini, walaupun ia tidak percuma seperti perayaan-perayaan sebelum ini, diskaun tol 50% ini masih akan menelan perbelanjaan yang tinggi untuk kerajaan membayar semula pampasan kepada syarikat tol konsensi. Alexander mengatakan bahawa anggaran kos untuk melaksanakannya adalah sebanyak RM20.08 juta.

Bila anda boleh manfaatkan diskaun tol 50%?

Sama seperti pelaksanaan tol percuma sebelum ini, diskaun tol 50% hanya boleh dinikmati pada hari dan masa tertentu. Pelaksanaannya akan dilakukan bermula jam 12.01 pagi pada Isnin, 27 Januari 2025 sehingga 11.59 malam pada Selasa, 28 Januari 2025.



Diskaun 50% untuk tol ini terpakai untuk kenderaan semua kelas 1 di plaza tol di Malaysia, kecuali Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang LINKEDUA.

Tags: diskaun tolTahun Baru CinaTahun Baru Cina 2025TOL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerajaan beri diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina pada 27 dan 28 Januari

Kerajaan beri diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina pada 27 dan 28 Januari

24 January 2025
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN