• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile mulai 3 Mac

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:58 pm
  • 17/02/2025
  • Komen
BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi BIMB Mobile telah diperkenalkan oleh Bank Islam pada November tahun lalu bagi menggantikan aplikasi GO sedia ada. Kini, Bank Islam telah mengumumkan bahawa pengguna aplikasi GO akan dipindahkan secara automatik ke aplikasi BIMB Mobile yang lebih baharu, dengan peralihannya akan dilakukan secara berperingkat bermula 3 Mac 2025.

Perkara ini dimaklumkan Bank Islam menerusi hantaran di Facebook dan mereka menggalakkan pelanggan supaya memuat turun aplikasi BIMB bagi menikmati pengalaman perbankan lebih baik, mudah dan juga selamat.



Bagi mereka yang terlepas, BIMB Mobile adalah aplikasi baharu Bank Islam yang menawarkan pengalaman perbankan lebih moden dan lancar. Ia hadir dengan antara muka yang telah ditambah baik untuk navigasi lebih pantas, masa loading lebih cepat, serta dilengkapi fungsi lebih banyak. Ini termasuk sokongan untuk membuka akaun simpanan dan pembayaran zakat.

Untuk berpindah ke aplikasi BIMB daripada aplikasi GO, ia tidak memerlukan pendaftaran semula dan anda boleh log masuk menggunakan ‘username’ dan kata laluan yang sama dengan aplikasi lama. Namun, perlu untuk dinyatakan bahawa pelanggan sedia ada dengan peranti baru perlu melakukan terlebih dahulu ‘Online Activation’ di mesin ATM atau cawangan Bank Islam berdekatan.



Sementara itu, untuk pelanggan baharu, anda tidak akan boleh mengakses aplikasi lama, sebaliknya perlu menggunakan saluran perbankan baharu.

Walau bagaimanapun, Bank Islam masih belum menyatakan sama ada mereka akan menamatkan penggunaan aplikasi GO setakat ini. Tetapi, peralihan kepada aplikasi BIMB Mobile ini mungkin mencadangkan aplikasi lama tersebut akan ditamatkan penggunaannya pada masa hadapan.

Untuk memastikan pengalaman perbankan yang tidak terganggu, anda boleh muat turun aplikasi BIMB Mobile di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Tags: bankBank Islambimb mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile mulai 3 Mac

17 February 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER