• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi Mobile perkenal pelan prabayar Uni5G Wow dengan tempoh sah panjang 12 bulan & 3 bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:37 pm
  • 28/02/2025
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pelan prabayar Uni5G Unifi Mobile kini diperkenal dengan dua pelan baru yang menawarkan tempoh sah panjang, iaitu Uni5G Wow 12 bulan dan Wow 3 bulan. Pelan ini menyediakan data 5G dan 4G berkelajuan tinggi dengan panggilan tanpa had, kuota hotspot dikongsi dan juga baucar Tealive untuk waktu terhad.

Uni5G Wow 12 bulan

Pelan Uni5G Wow 12 bulan, macam namanya menawarkan tempoh sah panjang selama 12 bulan ataupun 365 hari. Ia boleh dilanggan pada harga RM180 setahun. Pelan ini menyediakan kuota internet 120GB, iaitu gabungan data 100GB 5G dan 20GB 4G/5G, dan juga hadir dengan sokongan hotspot menggunakan data utama dan panggilan tanpa had.



Lebih menarik, untuk masa terhad, pelan tersebut juga didatangkan dengan baucar Tealive bernilai RM120 secara percuma.

Uni5G Wow 3 bulan

Jika anda mahukan pelan dengan tempoh sah lebih pendek, Uni5G Wow 3 bulan menyediakan tempoh sah penggunaan 90 hari pada harga RM50. Ia didatangkan dengan data 15GB yang merupakan kombinasi data 12GB 5G dan 3GB 5G/4G.



Seperti pelan Wow 12 bulan, pelan 3 bulan ini juga hadir dengan sokongan hotspot menggunakan data utama dan panggilan tanpa had. Namun, baucar Tealive yang diberikan adalah bernilai RM30.

Sekiranya data habis digunakan sebelum tamat tempoh sah, anda masih boleh membeli data atau internet tambahan untuk tingkatkan kuota internet. Tetapi, pelan tidak boleh diperbaharui sehingga pelan semasa tamat tempoh.

Pelan baru ini mungkin sesuai untuk anda yang mahukan pelan prabayar dengan tempoh sah panjang tanpa perlu kerap memperbaharui pelan, serta dalam masa sama tidak memerlukan data yang banyak. Untuk melanggannya, anda boleh mendapatkan pek Uni5G Wow yang berharga RM10.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Unifi Mobile di sini.

Tags: prabayarUni5guni5g wowUnifiUnifi mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Unifi Mobile perkenal pelan prabayar Uni5G Wow dengan tempoh sah panjang 12 bulan & 3 bulan

28 February 2025
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN