• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelanggan Astro Berpeluang Nikmati Broadband Percuma Sepanjang Januari 2019

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:21 pm
  • 08/01/2019
  • Komen
Pelanggan Astro Berpeluang Nikmati Broadband Percuma Sepanjang Januari 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 08 Januari 2019

Yang pertama adalah bundle Astro+Internet ini terbuka kepada semua, tidak mengira sama ada anda pelanggan sedia ada Astro ataupun tidak. Kemudian, untuk pelanggan Astro sedia ada, rakan kerjasama Astro, City Broadband akan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk bersambung ke Internet.



Buat pelanggan baru, mereka akan terima perlatan tambahan iaitu piring satelit, dekoder dan juga alat kawalan jauh semasa mendaftar. Akhir sekali, perkhidmatan ini tidak didatangkan dengan servis panggilaan suara.


Lagi berita baik untuk penduduk Jasin, Astro kini membuka pendaftaran pakej broadband terbaru mereka. Ia diumumkan selepas pelancaran projek rintis dalam National Fiberisation & Connectivity Plan (NFCP) oleh YB Gobind Singh di Jasin, Melaka.



Uniknya tawaran Astro adalah, pelanggan tidak cuma beroleh sambungan Internet tapi mereka menikmati kandungan hiburan yang disediakan Astro. Astro menjangkakan tawaran rintis ini akan memanfaatkan sekitar 1,000 kediaman sekitar Jasin, tempat kadar penembusan perkhidmatan Astro yang mencapai 92% untuk servis Astro dan NJOI.

Dua pakej yang ditawarkan, berbeza mengikut kelajuan. Yang termurah adalah RM99 untuk kelajuan 50Mbps dan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129. Astro turut mengepilkan bersama Family Pack yang mengandungi lebih 40 saluran televisyen untuk anda nikmati seisi keluarga.

Pendaftaran untuk pakej terbaru Astro ini sudahpun dibuka sepanjang Januari 2019. Tapi sama ada ia dibuka untuk pelanggan baru Astro ataupun kepada yang sedia ada sahaja, tidak pula diperincikan dan kami telah menghubungi pihak Astro untuk perincian berkaitannya.

Manfaat yang akan diterima pelanggan sedia ada adalah seperti:

  • Pelanggan Astro akan menikmati sambungan Internet percuma sepanjang Januari serta previu percuma untuk saluran yang ditawarkan Astro.
  • Pelanggan NJOI pula akan nikmati naik taraf pek saluran ke Family Pack serta sambungan Internet percuma sepanjang Januari.

Pihak Astro akan menghubungi pelanggan yang layak untuk promosi ini dalam masa terdekat.

Tags: astrointernet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelanggan Astro Berpeluang Nikmati Broadband Percuma Sepanjang Januari 2019

Pelanggan Astro Berpeluang Nikmati Broadband Percuma Sepanjang Januari 2019

8 January 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN