• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Pad 7 & Pad 7 Pro tiba di Malaysia, tablet berkuasa tinggi pada harga menarik

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:36 pm
  • 03/03/2025
  • Komen
Xiaomi Pad 7 & Pad 7 Pro tiba di Malaysia, tablet berkuasa tinggi pada harga menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Xiaomi 15, Xiaomi turut memperkenalkan barisan tablet terbaru, Xiaomi Pad 7 dan Xiaomi Pad 7 Pro. Kedua-dua tablet Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro kini tersedia dipratempah di Malaysia sekarang dengan harga yang sangat berbaloi dan menarik.

Harga dan promosi Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro di Malaysia

Seperti biasa, Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro kekal ditawarkan dalam varian WiFi sahaja dengan dua pilihan saiz storan. Ini adalah harga jualannya rasminya di Malaysia:



Xiaomi Pad 7 (Snapdragon 7+ Gen 3)

  • 8GB RAM + 128GB storage – RM1,299
  • 8GB RAM + 256GB storage – RM1,599

Xiaomi Pad 7 Pro (Snapdragon 8s Gen 3)



  • 8GB RAM + 256GB storage – RM2,499
  • 12GB RAM + 512GB storage – RM2,699

Kedua-dua tablet juga didatangkan dalam tiga pilihan warna yang sama, iaitu kelabu, biru dan hijau.

Sempena pelancarannya, Xiaomi Malaysia turut menawarkan rebat RM100 atau percuma papan kekunci dan stylus, bergantung pada jenis storan. Berikut adalah promosi tempahan awal untuk setiap model:

  • Xiaomi Pad 7 (8GB + 128GB) – RM1,199 (selepas rebat RM100)
  • Xiaomi Pad 7 (8GB + 256GB) – RM1,599 (Percuma papan kekunci bernilai RM499 dan stylus Xiaomi Focus Pen bernilai RM399)
  • Xiaomi Pad 7 Pro (8GB + 256GB) – RM2,399 (selepas rebat RM100)
  • Xiaomi Pad 7 Pro (12GB + 512GB) – RM2,699 (Percuma papan kekunci bernilai RM499 dan stylus Xiaomi Focus Pen bernilai RM399)

Kalau berminat, anda boleh beli Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro di stor rasmi Xiaomi seperti berikut:

Xiaomi Pad 7

  • Lazada
  • Shopee

Xiaomi Pad 7 Pro

  • Lazada
  • Shopee

Spesifikasi Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro

Daripada luaran, Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro berkongsi rupa paras yang sama, dengan memiliki ketebalan 6.18mm dan berat 500 gram. Perbezaan utamanya terletak pada cip, kamera dan juga sokongan pengecasan.

Di hadapan, siri Pad 7 dilengkapi dengan skrin 11.2-inci jenis IPS LCD yang memiliki resolusi 3.2K dalam nisbah 3:2 dan sokong kadar penyegaran 144Hz. Kecerahan puncal panel paparan adalah setinggi 800 nits. Sistem bunyinya menggunakan tetapan kuadspeaker dengan teknologi Dolby Atmos yang mempunyai kelantangan kuat 200%.

Atas papan utama, Xiaomi Pad 7 dikuasakan cip Snapdragon 7+ Gen 3, manakala versi Pro-nya menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang lebih berkuasa. Kedua-dua tablet diberikan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0, tetapi versi 128GB Pad 7 menggunakan storan UFS 3.1.

Di jabatan pengimejan, Xiaomi Pad 7 didatangkan dengan kamera utama 13MP dan kamera depan 8MP, sementara Xiaomi Pad 7 Pro mengguna pakai kamera dengan resolusi lagi tinggi, kamera utama 50MP dan kamera depan 32MP.

Daripada segi ketersambungan, Pad 7 menyokong WiFi 6e, manakala Pad 7 Pro menyokong WiFi 7 yang lebih baru dan pantas. Ciri ketersambungan yang dikongsi termasuk Bluetooth 5.4, pemancar inframerah dan port USB-C 3.2 Gen 1.

Untuk pengalaman seakan PC, siri Xiaomi Pad 7 yang baharu ini menyokong mod ‘Workstation’ yang membolehkan beberapa aplikasi dibuka serentak dalam bentuk tetingkap terapung. Terdapat juga ciri HyperConnect yang menawarkan sambungan lancar antara tablet dengan telefon pintar, termasuk kebolehan untuk gunakan telefon pintar sebagai kamera bagi panggilan video.

Membekalkan tenaga pada tablet adalah bateri berkapasiti 8,850mAh. Pad 7 boleh dicas pada kuasa 45W yang didakwa mengambil masa 103 minit untuk dicas penuh, manaka model Pro menyokong HyperCharge 67W yang boleh mengecas ke 100% dalam masa 79 minit.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman spesifikasi siri Xiaomi Pad 7.

Bacaan berkaitan

  • Xiaomi 15 Malaysia: Flagship kompak berkuasa Snapdragon 8 Elite dan bateri besar 5,240mAh
  • Xiaomi 15 Ultra Malaysia: Flagship fotografi dengan kamera Leica telefoto 200MP, bermula RM5,099

Tags: xiaomixiaomi malaysiaxiaomi pad 7xiaomi pad 7 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi Pad 7 & Pad 7 Pro tiba di Malaysia, tablet berkuasa tinggi pada harga menarik

Xiaomi Pad 7 & Pad 7 Pro tiba di Malaysia, tablet berkuasa tinggi pada harga menarik

3 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER