• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Tecno Camon 40 diumum, tampil dengan kamera periskop 50MP & kalis air IP69

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:38 pm
  • 05/03/2025
  • Komen
Siri Tecno Camon 40 diumum, tampil dengan kamera periskop 50MP & kalis air IP69
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Mobile World Congress (MWC) 2025, Tecno telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu siri Tecno Camon 40. Siri ini menyaksikan pengenalan empat model iaitu Camon 40, Camon 40 Pro, Camon 40 Pro 5G dan Camon 40 Premier 5G.

Spesifikasi Tecno Camon 40 Premier

Daripada segi heirarki, Camon 40 Premier adalah model paling mewah dan berkuasa dalam siri ini. Ia juga merupakan satu-satunya model dalam siri ini yang menampilkan bonggol kamera besar berbentuk bulat di belakang bagi menempatkan modul kamera.



Di hadapan, telefon ini didatangkan dengan skrin 6.67-inci dengan resolusi tinggi 1.5K (2800 x 1260) dan sokong kadar penyegaran 144Hz. Panel paparan AMOLED-nya turut ada kecerahan puncak mencecah 4,500 nits dan dilindungi kaca Corning Gorilla 7i.

Prestasi tinggi telefon ini disediakan oleh cip Dimensity 8350 Ultimate, yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Selain itu, telefon ini juga diiktiraf kalis air dan debu IP68/69.



Bulatan besar di bahagian belakang tiga kamera belakang, iaitu kamera 50MP f/1.9 dengan sensor Sony LYT-701, kamera telefoto periskop 50MP OIS dengan kemampuan zum optikal 3x dan kamera ultralebar 50MP. Untuk selfie, ia menggunakan sensor 50MP dan terletak dalam lubang di atas skrin.

Komponen telefon dihidupkan oleh bateri berkapasiti 5,100mAh dan bateri boleh dicas semula pada kuasa 70W USB-C.

Spesifikasi Tecno Camon 40, Camon 40 Pro, Camon 40 Pro 5G

Tecno Camon 40 dan Camon 40 Pro pula adalah dua model terendah dan hanya menyokong rangkaian 4G. Kedua-duanya dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate dengan RAM sehingga 8GB dan storan 256GB. Manakala, satu tahap di atas adalah Camon 40 Pro 5G yang dikuasakan cip Dimensity 7300.

Paparan yang digunakan adalah sama pada ketiga-tiga model, iaitu AMOLED 6.78-inci dengan resolusi 2436 x 1080. Namun, model 4G Camon 40 dan Camon 40 Pro menyokong kadar penyegaran 120Hz, sementara Camon 40 Pro 5G pula menyokong kadar penyegaran lebih pantas 144Hz.

Berkenaan kamera, ketiga-tiga model didatangkan dengan dua kamera, iaitu kamera utama 50MP f/1.9 menggunakan sensor Sony LYT-701 dan kamera ultralebar 8MP. Untuk selfie, Camon 40 dilengkapi kamera depan 32MP, manakala Camon 40 Pro dan 40 Pro 5G ada kamera depan 50MP.

Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada ketiga-tiga model adalah sama, iaitu 5,200mAh dan sokong pengecasan lebih perlahan 45W USB-C. Untuk perlindungan, kedua-dua model Pro dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i dan mempunyai tahap kalis air dan debu IP68/69, manakala Camon 40 pula hanya IP66.

Ketersediaan siri Tecno Camon 40 di Malaysia

Maklumat berkenaan harga dan ketersediaan siri Tecno Camon 40 masih belum ada. Tetapi, wakil Tecno Malaysia mengesahkan bahawa dua model iaitu Camon 40 Pro dan Camon 40 Pro 5G akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Mac ini.

Tags: tecnotecno camonTecno Camon 40Tecno Camon 40 PremierTecno Camon 40 ProTecno Camon 40 Pro 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Tecno Camon 40 diumum, tampil dengan kamera periskop 50MP & kalis air IP69

Siri Tecno Camon 40 diumum, tampil dengan kamera periskop 50MP & kalis air IP69

5 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER