• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 9 FE tiba di Malaysia pada harga RM2,999, kredit TNG eWallet RM300 menanti pembeli

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:36 pm
  • 19/03/2025
  • Komen
ROG Phone 9 FE tiba di Malaysia pada harga RM2,999, kredit TNG eWallet RM300 menanti pembeli
Share on FacebookShare on Twitter

Macam yang dijanjikan, Asus hari ini telah mengumumkan ketibaan ROG Phone 9 FE di pasaran Malaysia. Ia menyertai siri ROG Phone 9 sebagai varian yang lebih mampu milik, di samping mengekalkan rupa dan ciri gaming yang serupa dengan model Phone 9 dan Phone 9 Pro.

Harga dan promosi Asus ROG Phone 9 FE di Malaysia

Peminat di Malaysia boleh dapatkan ROG Phone 9 sekarang melalui Asus eStore dan pengedar sah Asus di Malaysia. Terdapat satu varian ROG Phone 9 FE yang ditawarkan di Malaysia dan berikut adalah harga jualannya:



  • ROG Phone 9 FE (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM2,999

Lebih menarik, dari 19 Mac hingga 30 April, Asus juga akan menjalankan Kempen Istimewa Raya dan mereka yang membeli mana-mana peranti siri ROG Phone 9 akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300. Ini bermakna, ROG Phone 9 FE boleh dibeli pada harga serendah RM2,699.

Sekiranya anda telah membuat pembelian, anda boleh menebus kredit Touch ‘n Go tersebut melalui laman web Asus ini.



Spesifikasi ROG Phone 9 FE

ROG Phone 9 FE mengekalkan keseluruhan rupa yang sama dengan ROG Phone 9. Panel belakangnya dilengkapi lampu AniMe Vision dengan 341 LED seperti varian asas ROG Phone 9, dan Asus mengatakan lampu tersebut akan mendedahkan animasi rahsia apabila panel belakangnya disentuh dengan telefon ROG Phone 9 FE, 9 Pro atau 8 Pro yang lain.

Di hadapan, ia menggunakan paparan AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong kadar penyegaran sehingga 185Hz. Kecerahan puncak panel paparannya boleh mencecah sehingga 2,500 nits.

Atas papan utama, ROG Phone 9 FE ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 sebesar 256GB. Macam ROG Phone 9 lain, versi FE ini juga dilengkapi butang bahu Air Triggers dan anda ada pilihan untuk menambah kipas penyejuk AeroActive Cooler X Pro atau alat kawalan ROG Tessen.

Sistem pengimejan ROG Phone 9 FE adalah sama seperti ROG Phone 9 biasa. Anda boleh temukan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 5MP dan juga kamera makro 5MP. Manakala di hadapan, lubang di atas skrinnye menempatkan kamera selfie 32MP.

Membekalkan tenaga pada komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,500mAh, sedikit lebih kecil dari 5,800mAh yang terdapat di versi bukan FE. Tetapi pengecasan yang disokong adalah sama, iaitu 65W USB-C dan juga pengecasan wayarles 15W.

ROG Phone 9 FE juga diiktiraf kalis air dan debu IP68, dan sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan ROG UI.

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Asus ROG Phone 9 FE.

Tags: asusASUS ROG Phone 9ROG Phone 9ROG Phone 9 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ROG Phone 9 FE tiba di Malaysia pada harga RM2,999, kredit TNG eWallet RM300 menanti pembeli

ROG Phone 9 FE tiba di Malaysia pada harga RM2,999, kredit TNG eWallet RM300 menanti pembeli

19 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER