• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman web Maybank2u Klasik akan ditamatkan mulai 9 Jun 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:39 pm
  • 21/04/2025
  • Komen
Portal Maybank2U klasik akan ditutup bermula Januari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah mengumumkan bahawa laman web Maybank2u Klasik akan ditamatkan bagi penguna individu bermula 9 Jun 2025. Selepas dari tarikh itu, laman web Maybank2u Klasik tidak lagi boleh digunakan bagi pengguna individu, dan pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laman web Maybank2u semasa bagi semua urusan perbankan dalam talian.

Walaupun laman web Maybank2u Klasik akan ditamatkan sepenuhnya pada 9 Januari, dua perkhidmatan pemindahan dana akan dihentikan lebih awal. Menurut Maybank, perkhidmatan pemindahan dana ke akaun pihak ketiga akan tamat pada 12 Mei 2025, manakala perkhidmatan pemindahan dana antara bank akan tamat pada 19 Mei 2025.



Laman we Maybank2u Klasik

Oleh yang demikian, Maybank menyarankan supaya pengguna berpindah ke laman web Maybank2u semasa, yang telah dinaik taraf dengan lebih banyak ciri, reka bentuk yang lebih mesra pengguna dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk pengalaman perbankan yang lebih selamat dan lancar. Untuk mengakses laman web Maybank2u semasa, pengguna boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada.

Namun begitu, penamatan perkhidmatan ini hanya melibatkan pengguna individu sahaja. Ini kerana, bagi pengguna Maybank2u Biz, Maybank memaklumkan anda masih boleh mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian menerusi laman web Maybank2u Klasik.



Ini bukanlah kali pertama Maybank menamatkan platform lama mereka bagi menggalakkan pengguna beralih ke platform yang lebih baharu. Pada Ogos tahun 2024, Maybank telah menamatkan perkhidmatan aplikasi Maybank2u dan menggantikannya sepenuhnya dengan aplikasi MAE.

Bagi yang tidak tahu, laman web Maybank2u versi baharu pertama kali dilancarkan pada tahun 2018.

[Sumber: Maybank]

Tags: Maybankmaybank maeMaybank2uMaybank2u Klasik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Portal Maybank2U klasik akan ditutup bermula Januari 2022

Laman web Maybank2u Klasik akan ditamatkan mulai 9 Jun 2025

21 April 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER