• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neuron Mobility lancar servis berkongsi skuter elektrik di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 11/01/2019
  • Komen
Neuron Mobility lancar servis berkongsi skuter elektrik di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Neuron Mobility ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkongsi e-skuter di Asia Tenggara. Ia telah beroperasi di bandar Singapura, Bangkok dan Chiang Mai. Kini, mereka mengumumkan ketibaan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Cyberjaya telah dipilih sebagai projek perintis e-skuter Neuron Mobility di Malaysia. Beberapa lokasi di pusat perniagaan utama menjadi pilihan untuk mengkaji sokongan dan permintaan pengguna di Cyberjaya.



E-skuter yang dihasilkan Neuron Mobility memiliki fungsi masa nyata telematik dan simulasi geospatial untuk analisa anggaran dan mengoptimumkan rangkaian. Pengguna kali pertama perlu melalui beberapa siri arahan keselamatan sebelum boleh mula menggunakannya.

Berbeza dengan perkhidmatan oBike yang membolehkan pengguna meninggalkan basikal di mana-mana, e-skuter Neuron Mobility memerlukan pengguna memulangkannya semula ke stesen dok. Jika e-skuter tesebut hilang, pengguna yang terakhir akan dikenakan bayaran SGD400 (~RM1212).



Sebelum menggunakan e-skuter ini, pengguna perlu mengikat kad debit/kredit mereka ke akaun dan menambah nilai ke dalam e-wallet Neuron Pay. Caj penggunaan ialah RM3 bersama RM0.30/minit.

Untuk penggunaan lebih kerap, pengguna boleh mendapatkan Neuron Pass secara harian, mingguan, bulanan. Pas harian berharga RM68 memberikan penggunaan tanpa had sehari, sehingga 4 jam setiap penggunaan.

Pas mingguan 7 hari pula berharga RM38, memberikan penggunaan sehingga 5 kali sehari, sehingga 30 minit setiap penggunaan. Pas bulanan 30 hari berharga RM98 memiliki had yang sama seperti pas mingguan. Caj tambahan RM0.30/minit akan dikenakan selepas penggunaan 30 minit.

Kepada yang mahu mencuba, boleh memuat turun aplikasi Neuron – Escooter Sharing dari Apple Appstore dan Google Playstore.

Dari dalam aplikasi tersebut, kami melihat e-skuter Neuron Mobility kini terdapat di Cyberjaya, serta di Kuala Lumpur sekitar KLCC hingga Bukit Bintang.

Tags: e-skuterNeuron Mobility
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Neuron Mobility lancar servis berkongsi skuter elektrik di Malaysia

Neuron Mobility lancar servis berkongsi skuter elektrik di Malaysia

11 January 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN