• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 13T diumumkan di China, telefon flagship kompak dengan Snapdragon 8 Elite

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:53 pm
  • 28/04/2025
  • Komen
OnePlus 13T diumumkan di China, telefon flagship kompak dengan Snapdragon 8 Elite
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal Januari lalu, OnePlus telah melancarkan flagship terbaru mereka, iaitu OnePlus 13. Tetapi di China, kini OnePlus telah memperkenalkan sebuah lagi varian baru dalam siri tersebut, iaitu OnePlus 13T. Jika anda masih ingat, model “T” adalah telefon kelas flagship tetapi dengan beberapa kekurangan ciri premium seperti terdapat pada siri utamanya.

Kali terakhir telefon “T” yang diperkenalkan adalah OnePlus 10T pada tahun 2022, dan nampaknya OnePlus kini mengembalikan penawaran flagship lebih mampu milik mereka dengan OnePlus 13T. Ia mengekalkan prestasi yang sama seperti OnePlus 13 dengan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, tetapi ada rekaan jauh berbeza dengan dimensi lebih kompak.



Spesifikasi OnePlus 13T

OnePlus 13T menggunakan rekaan bonggol kamera berbentuk petak dengan kamera berbentuk pil yang disusun secara menegak. Ini jauh berbeza dengan bonggol kamera bulat yang kebiasaannya diguna pakai pada model flagship OnePlus sebelum ini, termasuk OnePlus 13.

Di hadapan, OnePlus 13T dilengkapi dengan paparan LTPO AMOLED 6.3″ yang memiliki resolusi FHD+ (2640×1216) dan sokong kadar segar semula 120Hz. Sebagai perbandingan, OnePlus 13 ada paparan lebih besar 6.82″ dengan resolusi lebih tinggi QHD+ (3168 x 1440).



Seperti yang dinyatakan tadi, One Plus 13T dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, cip terhebat Qualcomm pada masa kini. Cip tersebut dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 1TB. Daripada segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan NFC. Di China, ia akan menjalankan ColorOS 15, tetapi anda boleh jangkakan versi global akan menjalankan OxygenOS 15.

Dengan menggunakan rekaan bonggol kamera berbeza, sistem pengimejan di OnePlus 13T juga adalah berbeza dengan model flagship utama. Selain daripada tidak memiliki penjenamaan Hasselblad, OnePlus 13T menggunakan tetapan dua kamera, iaitu kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera telefoto 50MP f/2.0 dengan zum 2x, tiada kamera ultralebar.

Lubang di atas skrin pula menempatkan kamera depan 16MP f/2.4. Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 6,260mAh dan ia menyokong pengecasan 80W melalui USB-C, tiada pengecasan wayarles. Telefon turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.,.

Harga OnePlus 13T di China

Di China, OnePlus 13T dijual pada harga RMB 3,399 (~RM2,036) untuk model RAM 12GB dan storan 256GB dan RMB 4,499 (~RM2,695) untuk RAM 16GB dan storan 1TB.

Selain China, OnePlus 13T dijangka turut akan dilancarkan ke pasaran global tidak lama lagi. Namun tiada maklumat tarikh pelancaran yang diumumkan pada ketika ini.

Tags: OnePlusOneplus 13T
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
OnePlus 13T diumumkan di China, telefon flagship kompak dengan Snapdragon 8 Elite

OnePlus 13T diumumkan di China, telefon flagship kompak dengan Snapdragon 8 Elite

28 April 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER