• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor View 20 akan dijual di Malaysia seawal 26 Januari

  • OLEH Najib
  • 8:32 pm
  • 15/01/2019
  • Komen
Honor View 20 akan dijual di Malaysia seawal 26 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Honor View 20 peringkat antarabangsa akan diadakan pada 22 Januari di kota Paris. Di samping itu, Honor Malaysia turut menyatakan, View 20 akan tiba di Malaysia seawal bulan ini juga.

Kini tarikh pelancaran View 20 di Malaysia telah diketahui. Ia ditetapkan pada 26 Januari 2019, hari Sabtu pada minggu yang sama dengan pelancarannya di Paris. Satu jerayawara akan diadakan di 1Utama Shopping Mall, bermula jam 9.30 pagi.



Walaupun tarikhnya telah diketahui, Honor Malaysia masih belum bercerita tentang harganya. Jika bernasib baik, harganya akan diumumkan sejurus ia dilancarkan di Paris nanti.

View 20 dipromosikan dengan tiga ciri utama yang akan menarik minat pengguna. Pertama ialah kamera belakang beresolusi super tinggi 48MP. Kedua ialah skrin nirbingkai berlubang All-View Display dan ketiga ialah Link Turbo.



Di dalam, View 20 diperkasa cip terbaru Huawei Kirin 980 sama seperti di Huawei Mate 20. Ia digandingkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Telefon ini memiliki skrin nirbingkai berlubang, pertama seumpamanya untuk Honor, berukuran 6.4-inci dengan resolusi FullHD+.

Lubang pada skrin ini memuatkan kamera hadapan 25MP. Untuk kamera belakang pula, ia memiliki dua lensa iaitu lensa utama 48MP F1.8 bersama lensa kedua ToF (Time of Flight) untuk pengesanan kedalaman 3D.

Telefon ini dipasang bateri besar 4,000mAh dan disertakan pengecas pantas SuperCharger 22.5W. Ia datang siap dengan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan antaramuka Honor MagicUI 2.0.1 di atasnya.

Untuk perbandingan, Honor View 20 yang dikenali sebagai V20 di China, di jual di sana dengan harga:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,815)
  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB3,499 (~RM2,188)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,999 (~RM2,421)

Dengan RAM 6GB dan storan 128GB, kita boleh berharap ia akan dijual di bawah RM2,000 di Malaysia. Jika ada versi RAM 8GB dan storan 256GB kelak, mungkin akan dijual di bawah RM2,500. Jarang kita lihat telefon Honor melebihi RM2,000. Semoga Honor boleh mengekalkan tradisi harga yang rendah ini untuk View 20 kelak.

Tags: honorView 20
Najib

Najib

POPULAR

Honor View 20 akan dijual di Malaysia seawal 26 Januari

Honor View 20 akan dijual di Malaysia seawal 26 Januari

15 January 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN