• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Swafoto haram di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 27/11/2017
  • Komen
Swafoto haram di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan haram secara fatwa tetapi Arab Saudi telah mengeluarkan larangan mengambil gambar atau video di dua masjid paling utama buat umat Islam, Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Arahan ini dilaporkan telah dikeluarkan oleh Arab Saudi kepada semua kedutaan negara luar yang terdapat Arab Saudi.

Arab Saudi dikatakan menguatkuasakan arahan ini bagi melindungi kesucian kedua-dua masjid ini, di samping mengelakkan gangguan dan memberi ketenangan kepada jemaah yang melakukan ibadah di sana.



Perbuatan mengambil gambar di sekitar kedua-dua masjid ini, seperti bergambar berkumpulan serta membawa bendera negara atau sepanduk, dikritik beberapa pihak. Perbuatan ibarat pelawat ini dikatakan membuatkan jemaah lupa terhadap niat utama untuk pergi ke sana beribadah.

Nadhira Adiatri, seorang warga Indonesia memberitahu Jakarta Post, beliau turut mengambil gambar bersama keluarga di hadapan Kaabah beberapa tahun lepas. Beliau bersetuju dan turut berasa terganggu akibat perbuatan bergambar yang tidak terkawal ini. Kerana itu, beliau bergambar secara senyap-senyap di luar pemantauan pengawal.



Seorang lagi jemaah Indonesia yang baru pulang dari Mekah memberitahu, beliau melihat larangan ini telah dikuatkuasakan di Masjidil Haram, tetapi ia masih tidak ketat.

Di samping larangan bergambar ini, mungkin Arab Saudi boleh menetapkan satu kawasan khas di mana orang ramai boleh bergambar. Dengan ini ia lebih mudah dikawal di samping tidak mengganggu kawasan ibadah yang lain.

Bintang bola sepak Manchester United, Paul Pogba berswafoto di Masjidil Haram

[Sumber: TheStar]

Tags: KaabahMasjid NabawiMasjidil HaramSwafoto HaramSwafoto Kaabah
Najib

Najib

POPULAR

Swafoto haram di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Swafoto haram di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

27 November 2017
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN