• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Telefon bimbit apa yang berharga RM21,000?

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
Telefon bimbit apa yang berharga RM21,000?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kekecohan di internet berkenaan kes anjing yang dikatakan dibunuh dengan racun dan tersebar di WhatsApp, satu perkara lain timbul dan dilihat lebih menarik minat kami. Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights, Mohd. Asna Amin yang disiasat berhubung kematian beberapa ekor anjing akibat diracun baru-baru ini, kecewa kerana telefon bimbitnya masih belum dipulangkan pihak berkuasa.

Menurut ahli perniagaan tersebut, telefon bimbit berharga RM21,000 itu masih dalam simpanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang kini menyiasat kes berkenaan. Telefon itu dirampas polis semasa siasatan kes pada 9 Januari lalu.



Persoalannya, telefon bimbit apakah yang bernilai RM21,000 ini?

Gambar telefon tersebut telah dikongsikan di internet. Dari rupanya, dapat kami kenal pasti yang ianya adalah iPhone X. Telefon ini memiliki logo Gold Elite di belakang dengan model ULTIMATUM GOLD di bawah. Ia ditambah lagi dengan nama beliau, MD Mohd Asna diukir di belakangnya.



Setelah diselidik, rupa-rupanya telefon ini dihasilkan oleh Gold Elite Paris. Dari namanya seperti berasal dari Paris, tetapi aktiviti mereka dilihat lebih banyak di sekitar Thailand. Ia mempunyai banyak cawangan di sekitar Asia, termasuk di Malaysia. Cawangannya di Malaysia terletak di pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Gold Elite menghasilkan telefon pintar bersadurkan emas 24K, di bahagian belakang dan bingkai telefon. Antara produk mereka ialah Galaxy S8 Plus, Galaxy Note8, iPhone X, Airpods dan powerbank. Harganya pula memang membuatkan mata terbeliak.

Dari laman web Gold Elite, harga untuk iPhone X Ultimatum Gold mereka ialah USD5,990 (~RM24,633). Bagi Galaxy S8 Plus pula, hanyalah USD4,490 (~RM18,465). Pembeli turut boleh membuat ukiran khas di belakang badan telefon secara percuma. Semua produk Gold Elite disertakan jaminan selama 14-bulan serta sijil pengesahan.

Jika anda benar-benar mahukan peranti eksklusif yang pastinya tidak akan sama dengan orang lain, bolehlah mendapatkan produk keluaran Gold Elite ini. Buat ukiran khas juga di belakangnya, seperti yang dilakukan oleh Mohd. Asna Amin ini.

Kepada yang berminat untuk memilikinya, bolehlah melawat butik Gold Elite di alamat:

Lot P5.13, Level 5, Pavillion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

[Sumber: Utusan Malaysia]

Tags: appleiPhone X
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Telefon bimbit apa yang berharga RM21,000?

Telefon bimbit apa yang berharga RM21,000?

16 January 2019
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN