• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintendo Switch 2 berharga lebih dari Playstation 5 di Malaysia, akan tersedia mulai Julai

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:52 pm
  • 19/06/2025
  • Komen
Nintendo Switch 2 berharga lebih dari Playstation 5 di Malaysia, akan tersedia mulai Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini Malaysia tidak tersenarai dalam pengumuman ketersediaan di Asia Tenggara, kini Nintendo telah mengumumkan maklumat ketersediaan di Malaysia menerusi pemakluman terbaru di laman Facebook mereka. Menurut Nintendo, konsol Nintendo Switch 2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 Julai 2025.

Pengumuman tersebut turut disusuli dengan pelancaran halaman produk Switch 2 di laman web rasmi Nintendo Malaysia. Menerusi laman itu, Nintendo mengesahkan bahawa Switch 2 akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu edisi standard dan juga pakej bundle bersama permainan Mario Kart World.



Sementara Nintendo masih belum mendedahkan harga rasmi Nintendo Switch 2 untuk pasaran Malaysia, beberapa peruncit telah pun mengumumkan maklumat harga jualannya.

Harga Nintendo Switch 2 di Malaysia

Berdasarkan peruncit seperti Asashi Technology (Wangsa Walk dan Melawati Mall), ToyPanic (George Town), BMSTAR Technology (Ipoh) dan Fotocharlie (Batu Pahat), berikut adalah senarai harga rasmi Nintendo Switch 2 di Malaysia:



  • Nintendo Switch 2 stand-alone: RM2,488
  • Nintendo Switch 2 Mario Kart World Bundle: RM2,688

Setiap unit Nintendo Switch 2 juga didatangkan dengan jaminan rasmi selama 1 tahun. Dengan harga yang ditawarkan, Switch 2 sebenarnya lebih mahal daripada model asas PlayStation 5 di Malaysia.

Sebagai perbandingan, PS5 Slim Digital kini berharga RM2,069, manakala PS5 Slim Disc dijual pada harga RM2,499, hanya RM10 lebih mahal daripada set Switch 2 versi standalone.

Harga game Nintendo Switch 2

Selain konsol, semua peruncit yang disebutkan tadi juga telah menyenaraikan senarai game yang akan tersedia dengan Nintendo Switch 2. Berikut adalah senarai game berserta harganya:

  • Mario Kart World: RM398
  • Tamagotchi Plaza Nintendo Switch 2 Edition: RM230
  • The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Nintendo Switch 2 Edition: RM298
  • The Legend of Zelda: Breath of Wild Nintendo Switch 2 Edition: RM265
  • Bravely Default Flying Fairy HD Remaster: RM165

Harga aksesori Nintendo Switch 2 di Malaysia

Seperti biasa, konsol Switch 2 juga akan ditawarkan dengan beberapa aksesori. Aksesorinya turut akan dijual bermula 3 Julai nanti, dan berikut adalah senarainya:

  • Joy-Con 2 kiri & kanan: RM498
  • Joy-Con 2 kiri atau kanan: RM258
  • Joy-Con 2 Charging Grip: RM183
  • Joy-Con 2 Wheel: RM108
  • Adapter AC Nintendo Switch 2: RM168
  • Beg dan pelindung Nintendo Switch 2: RM128
  • Nintendo Switch Camera: RM258
  • Kad mikroSD SanDisk 256GB untuk Nintendo Switch 2: RM298

Pun begitu, perlu untuk dinyatakan bahawa hanya Pro Controller, Joy-Con 2 dan kamera didatangkan dengan waranti Malaysia 1 tahun. Waranti untuk aksesori tidak disebutkan dalam poster yang dikongsikan oleh peruncit yang disebutkan.\

Sementara itu, menurut Best Denki Malaysia, temapahan awal untuk miliki Switch 2 akan dibuka pada 20 Jun. Kami juga menjangkakan Switch 2 akan tersenarai di kedai rasmi Nintendo Malaysia di Shopee dalam masa terdekat.

Tags: nintendoNintendo Switch 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Nintendo Switch 2 berharga lebih dari Playstation 5 di Malaysia, akan tersedia mulai Julai

Nintendo Switch 2 berharga lebih dari Playstation 5 di Malaysia, akan tersedia mulai Julai

19 June 2025
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN